Not A Hot Stuff

My photo
Still tryin' to adapt to new atmospehere... ...Until now,still luvin' da old'skool
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, December 7, 2009

Kita Berbeza dengan PERMATA itu...

Salam 1Malaysia dan Selamat Membaca semua,

" Woi, jom kita lumba lari nak tak? Siapa sampai kat bumi dulu, dia menang," kata Titis Hujan A kepada kawan-kawannya.
Mendengar cabaran yang dicampakkan oleh Titis A, adrealin kawan-kawannya terus memecut laju..nasib baik polis tak buat roadblock hari itu, kalau ada, memang habis adrealin kena saman RM 300 dengan Sarjan Misai.
"Orang muda katakan, pantang dicabar, ada benda je yang nak dibuat, tak boleh duduk diam," leter orang tualah biasanya. Anyway,
"Okey, siapa sampai dahulu, dia menang. Dapat jadi air sungai yang bersih, dapat kawan dengan titis-titis lain di sungai," sahut kawan-kawan Titis A iaitu Titis apalagi kalau bukan, Titis B,C,D, dan berterusan.....Maka, persediaan dilakukan dan akhirnya, bunyi tembakan dilepaskan menandakan titis-titis itu kena berlari.
Titis-titis atau dalam kata ganda BM disebut titisan ini berlari dengan gamaknya bagai nak rak kata orang menuju ke kawasan sekitar Petaling dan Sunway seperti dalam route pertandingan ini.....patutlah sekarang hujan turun dengan selebat-lebatnya di kawasan BS ini.....

Orang kata bunyi derai hujan dapat memberikan ketenangan dan mood relaks kepada si pendengar. Menjadi inspirasi dan ilham kepada sesiapa yang menghayati dan cuba untuk memahami maksud alunan yang dibawa oleh titisan air hujan. Tak kurang pula yang menyifatkan hujan sebagai sesuatu kekurangan atau menimbulkan masalah kepada mereka. Yelah, bayangkan kalau hujan lebat semasa program kesukaan korang ke udara di tv, Astro pula kata, Services currectly not avaiable, mana tak mengamuk, betul tak? Bagi BS, hujan tetap satu rahmat kepada kita kerana selain memberikan suasana dingin, hujan menjadikan kita terasa nak menguap dan menyirami tumbuhan hijau.
Sebenarnya, bunyi itu kalau dikaji dalam mesin pengimbas frekuansi tinggi akan bawa maksud,
"Lajuku lari tapi bila nak sampai," atau mungkin "Kenapa aku lari ikut kata grativiti ini," atau mungkin pelbagai maksud mengikut intrepretasi anda. Suka hatilah...

BS sebenarnya bukan hendak bercakap tentang titisan air hujan tetapi tujuan BS menulis di sini adalah untuk bercerita tentang satu program yang dinaungi oleh Wanita Pertama Negara, Datin Seri Rosmah Mansor. Cuba teka apakah gerangan program ini? Bagaimana bentuknya? BS mengwara-warakan ini bukan sebab BS terpilih untuk menyertai perkhemahan cuti sekolah mereka di UKM tetapi cuma sebagai satu medium untuk berkongsi ilmu dan fakta kepada semua budak sekolah di luar sana yang mungkin sudah dahagakan penulisan isu BS. Jadi, inilah dia.

Tahukah dengan program Permata Pintar? Bukan batu permata yang boleh bercakap atau hidup.. takkan tak tahu kut?
Kalau macam tu, korang macam katak bawah mangkuk kaca sahaja..Meminjam kata-kata Guru Besar lama sekolah rendah BS..
Pada hari ini, jika anda membaca surat khabar Utusan Malaysia, muka surat depan telah menceritakan perihal program itu.
Di bawah adalah serba sedikit informasi yang BS dapat daripada
http://www.ukm.my/portal/berita160309.html....


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melancarkan program Permata Pintar untuk kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia. Majlis pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, selaku Penaung program Permata Pintar pada 2 Mac 2009 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM Bangi.

Apa itu Permata Pintar?
Program Perkhemahan Cuti Sekolah Pelajar-Pelajar Pintar Cerdas yang dibangunkan khusus untuk mereka berusia 9 ke 15 tahun yang mempunyai kecerdasan dan daya intelektual yang tinggi. Program ini akan diadakan mulai Disember 2009 dengan kerjasama Johns Hopkins University.

Objektif?
Program Permata Pintar direka bagi kanak-kanak pintar dan cerdas di negara ini yang mempunyai keperluan khas dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani yang perlu dipupuk secara menyeluruh untuk memastikan perkembangan mereka berlaku secara optimum.

Berucap di majlis pelancaran tersebut, Datin Paduka Seri Rosmah berkata,
"Pada pendapat saya, kanak-kanak pintar kita tidak seharusnya tertinggal ke belakang oleh kerana negara-negara lain telah pun memulakan program seperti ini malahan negara seperti Thailand dan Singapura telah pun mengadakan sekolah berasrama penuh untuk kanak-kanak pintar mereka.”

Kos Program?
Projek perintis ini menelan belanja RM 950 000.


Penglibatan kanak-kanak?
Melibatkan seramai 300 pelajar pintar cerdas yang terpilih dari 30 November hingga 18 Disember. Kumpulan pelajar-pelajar ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan umur iaitu 9 hingga 12 tahun dan 13 hingga 15 tahun.
Untuk menyertai program ini, Fakulti Pendidikan, UKM telah membangunkan tiga ujian saringan yang dikenali sebagai Ujian Permata Pintar UKM1 secara online di laman rasmi program ini dalam masa dua bulan mulai tarikh pelancaran program. Ujian ini lebih kepada ujian saringan asas sebelum layak menduduki ujian UKM2 dan UKM3 di lokasi-lokasi yang ditetapkan.


Selain itu, kerajaan juga akan mewujudkan sebuah Kompleks PERMATApintar di dalam kawasan kampus UKM, Bangi untuk memberikan pendidikan khusus kepada kanak-kanak pintar pintar berusia 16 tahun. Pembinaan kompleks itu akan memberi peluang kepada golongan yang sedikit ini untuk merasai suasana pembelajaran di kampus sekali gus mendekatkan mereka dengan atmosfera berkonsepkan penyelidikan.

Dato' Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya ketika merasmikan Perkhemahan Permatapintar pada 6 Disember lalu berkata,
"Kerajaan akan kerajaan akan memperhebat pendidikan kanak-kanak yang mempunyai IQ dan kognitif luar biasa bagi memastikan mereka memperkembangkan kebolehan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi"


Fakta: Anggaran 3-5 peratus kanak-kanak pintar ( BS tidak pula mengetahui bagaimana mereka mengukur pintar ini) daripada keseluruhan kanak-kanak di negara ini. Adakah anda golongan yang sedikit ini atau golongan 97-95% itu? Tepuk dada tanya minda..

Yang ini lebih penting,Aspek kebitaraan yang sudah dipamerkan oleh kanak-kanak pintar cerdas yang mengikuti program Perkhemahan Permata Pintar adalah:
@tahu memecah kod rahsia
@tahu mereka bentuk robot roaller coaster
@mengkaji bagaimana terbentuknya taufan

Some related Q:
"Langkah ini dibuat kerana kita sedar dalam membentuk sebuah tamadun yang gemilang, maka tiang seri mestilah merupakan proses pembelajaran dan pengajaran yang akan melahirkan masyarat berteraskan ilmu,"

"Kita juga sedar bahawa epmayar yang boleh bertahan lama, bukan hanya menggunakan kuasa ketenteraan tetapi berasaskan kuasa minda,"
Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, 2009.

Mungkin bagi sesetengah anda yang kata ceritera BS nampak membosankan dan serius, tetapi apa yang boleh BS buat, this is a serious issue and facts. Jadi, faham-fahamlah.
Sebenarnya, BS pernah buat ujian UKM1 tu tapi apa nak buat, BS ini bukanlah sehebat dan sebijak mana. Tak layak pun menjadi 300 kanak-kanak yang menyertai kem itu. Whatever!! Anyway, BS tahu satu perkara yang pasti,
kita bagus dalam bidang kita..we're good at our own way. Am I right?

BS berbual dengan teman semalam yang BS kira berkali-kali ganda lebih hebat daripada BS, Aiman tentang program ini. I asked her, kenapalah BS tak layak? and you know what she said,
"Kita ni mungkin menyerlah dengan memepamerkan aspek kebitaraan diri di sekolah je tapi mungkin berbeza jika di sini," Entahlah, BS kan BUDAK SEKOLAH so, di luar sekolah, I'm just no one kut. Sedih ar...By the way, BS melihat kerajaan banyak melabur untuk dunia pekerjaan kita sekarang iaitu, Dunia Pendidikan bagi melahirkan generasi masa hadapan yang berteraskan budaya ilmu. Jangan kecil hati buat anda yang tidak dapat, bersyukurlah dengan apa-apa yang kita ada dan usahalah untuk menjadi yang terbaik.

P/S: Kita berjumpa lagi dalam ceritera akan datang. BS berharap ceritera ini dapat memberikan satu input baharu buat anda. Untuk maklumat lanjut, pergilah ke laman sesawang rasmi program ini dan related website.

1 comment:

  1. Agree, we're good at our own way...
    Meski kita ni Budak Sekolah,
    tak semestinya kita akan jadi bagus kat sekolah je..
    Carilah aktiviti yang sesuai untuk kita kat luar sekolah....

    ReplyDelete