BS ingin mengambil kesempatan yang diberikan seluas-luasnya ini untuk mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL,
12 Rabiul Awal 1431h bersamaaan dengan 26 Februari 2010m
12 Rabiul Awal 1431h bersamaaan dengan 26 Februari 2010m
kepada semua muslimin dan muslimat, amnya dan para Budak Sekolah, khususnya.
Tema Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 1431h, Memantap Ukhwah, Memperkasa Ummah BS fikir sangat mendalam dan signifikan maknanya memperlihatkan ukhwah atau silaturrahim yang utuh yang terjalin dalam kalangan rakyat sahajalah yang mampu untuk memacu pertumbuhan negara dan memangkin kecemerlangan ummah terutama umat Islam agar dipandang sama tinggi dan dijeling sama rendah pada mata masyarakat antarabangsa. Dalam menghadapi era global yang kian mencabar ini, ternyata hanya perpaduan dan semangat kekitaan yang dapat menangkis cabaran dan liku-liu kehiudpan.
Pada masa yang sama, Nabi Muhammad jelas seorang tokoh, ikon, suri tauladan, watak yang tiada tolok bandingnya dengan mana-mana tokoh yang kita iktiraf unggul sepanjang zaman. Baginda bukan sahaja memiliki keperibadian yang mulia bahkan mempunyai sifat kepimpinan yang dikagumi sehingga hari ini. Bagaimana baginda dapat menyatupadukan dua kaum utama Madinah, Kaum Aus dan Kaum Khazraj menjadi Kaum Ansar yang banyak membantu dalam perkembangan dakwah Islam di Semenanjung Tanah Arab yang berperang dan bersengketa selama ratusan tahun. Inilah satu misal jelas menunjukkan kepada kita keagungan dan kehebatan junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw.
Melalui peribadi dan pembawakan baginda yang sederhana dan berteraskan al-Quran, baginda telah menarik ramai musuh Islam untuk turut serta dalam perjuangan baginda meyebarkan syiar Islam ke seluruh pelosok alam. Umat Islam seharusnya cuba untuk mencontohi dan mengikuti sunnah Rasulullah. Meskipun baginda seorang pemimpin negara Islam pertama dunia, Madinah, baginda hanya meninggalkan dua harta yang BS fikir sangat penting untuk sepanjang zaman, iaitu tidak lain tidak bukan, al-Quran dan as-Sunnah. Inilah CAHAYA buat sekalian alam seperti yang dinyatakan dalam al-Quran.
Pada hari yang mulia ini, banyakkanlah selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw.
SALAM MAULIDUR RASUL 1431h...
No comments:
Post a Comment