Not A Hot Stuff

My photo
Still tryin' to adapt to new atmospehere... ...Until now,still luvin' da old'skool
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 14, 2010

Syor 2 Bahasa Dalam Sistem Pendidikan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia....

Kali ini, BS akan mengutarakan antara isu terbaharu dalam dunia pendidikan Malaysia dan telah berjaya menambat perhatian BS dan seorang teman rapat BS.
Ikuti sorotan akhbar berikut......

Murid sekolah kebangsaan digalak kuasai lebih dua bahasa: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji cadangan mewajibkan subjek Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil di sekolah kebangsaan bagi membolehkan murid pelbagai kaum di negara ini menguasai lebih daripada dua bahasa, termasuk bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pembelajaran bahasa ibunda memang sudah ada dalam dasar Kementerian Pelajaran, tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya. “Justeru, ia (cadangan) akan diteliti. Saya sedar dengan usaha itu, mungkin rakyat kita bukan saja daripada keturunan India atau Cina tetapi keturunan lain boleh belajar lebih daripada dua bahasa seperti bahasa Mandarin dan Tamil serta bahasa kita sendiri.

“Dengan cara itu, kita dapat berinteraksi dengan mudah dan dapat menghayati cara kehidupan masyarakat pelbagai kaum serta menghargai nilai seni budaya dan bangsa, selain menimba ilmu daripada bahasa berkenaan,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan 2010, di sini semalam.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas permintaan Presiden PPP, Datuk M Kayveas dalam ucapannya sebelum itu supaya Mandarin dan Tamil dijadikan sebagai subjek wajib dalam sistem pendidikan negara bagi menggambarkan gagasan 1Malaysia yang sebenar.






Jadi, faham???
Kerajaan akan mengkaji syor yang dikemukakan oleh Datuk M Kayveas bahawa subjek Bahasa Mandarin dan Tamil dijadikan subjek wajib a.k.a. subjek teras dalam sistem pendidikan kita.
Hal ini bermakna selain BM, BI, Sejarah, Pendidikan Islam@ Pendidikan Moral, dan Matematik bagi menengah atas,
kedua-dua subjek punya kebarangkalian untuk dimasukkan sebagai tajuk dalam kertas peperiksaan kita.

Berikut adalah reaksi dan alasan yang diberikan pihak yang mengangguk dan mereka yang menggeleng.....



Kenyataan Pihak Yang Bersetuju

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia( NUTP) menyokong usaha untuk menjadikan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai mata pelajaran wajib di sekolah kebangsaan.

Presidennya Hashim Adnan berkata keputusan kerajaan untuk mengkaji kemungkinan melaksanakan langkah itu adalah wajar kerana bahasa adalah saluran tepat untuk menyatupadukan rakyat.

"Ia merupakan langkah yang menggunung, tapi kalau kita tak mulakan sekarang, bila lagi," katanya.

Bagaimanapun, kata Hashim persediaan rapi perlu diambil sebelum cadangan itu direalisasi agar tidak membebankan guru dan pelajar.

Selain memastikan tenaga pengajar mencukupi, beliau berkata penyesuaian waktu pembelajaran juga perlu dilakukan agar tidak mengganggu perjalanan kelas biasa.

"Katakan ia perlu diajar tiga waktu seminggu, bila ia perlu diajar? Adakah ia akan melibatkan waktu persekolahan yang lebih panjang? Kalau ya, bagaimana dengan murid-murid yang ada sekolah agama pada waktu petang," katanya.

Hashim berkata waktu persekolahan yang lebih panjang juga akan menganggu perjalanan sekolah yang mempunyai dua sesi, justeru kerajaan harus mengambil kira aspek prasarana seperti pertambahan bilik darjah.

Beliau berkata sukatan pelajaran bagi kedua-dua subjek itu juga tidak boleh diambil terus daripada sekolah jenis kebangsaan, sebaliknya perlu dipermudahkan memandangkan pelajar lain secara amnya tidak mempunyai pengetahuan asas kedua-dua bahasa berkenaan.

Di KUALA LUMPUR, presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Jais Abdul Karim turut menyokong cadangan tersebut kerana ia selaras dengan konsep 1Malaysia dan pertubuhan itu pernah mengutarakannya sejak 2008.

"Penyatuan kaum seharusnya bermula di sekolah dan sekiranya perkara ini berlaku, maka ia turut memberi keuntungan kepada pelajar Melayu kerana mereka dapat menguasai bahasa tersebut," katanya sambil menambah sekolah satu aliran harus diwujudkan dalam usaha mengeratkan lagi hubungan antara kaum di negara ini.


-- BERNAMA



Kenyataan Pihak Yang Tidak Bersetuju


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berpandangan bahawa permintaan untuk mewajibkan dua bahasa tersebut di sekolah kebangsaan menerusi sistem pendidikan kebangsaan adalah tidak wajar dan ianya masih terlalu awal untuk dilaksanakan. Ini memandangkan tahap penguasaan bahasa kebangsaan sendiri dalam kalangan pelajar sekolah khususnya di sekolah jenis kebangsaan masih di peringkat yang tidak memuaskan.

Dalam pada itu, selepas lebih lima dekad kita membangunkan negara menerusi aliran pendidikan kebangsaan yang mendokong bahasa Melayu sebagai bahasa teras yang turut didokong Perlembagaan Persekutuan, nilai dan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan tertinggi dalam negara masih gagal dihayati dan difahami para pelajar.

Menurut Perkara 152 (1) dan 152 (6) Perlembagaan Persekutuan, telah memperuntukkan dengan jelas bahawa perkara-perkara yang melibatkan pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan Kementerian Pelajaran adalah bagi maksud rasmi dan wajib digunakan bahasa Kebangsaan.


Berdasarkan kajian yang dibuat oleh
Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin dalam Seminar Sehari Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) baru-baru ini, 44.8% remaja Cina tidak suka belajar bahasa Melayu. Selain daripada itu, kajian tersebut juga mendapati bahawa 72.1% remaja Cina merasakan bahasa Melayu tidak penting, diikuti oleh Kadazan (40%) dan India (37%).

Namun, PKPIM menyambut baik cadangan untuk subjek berkenaan dijadikan sebagai subjek wajib sekiranya tahap penguasaan bahasa Kebangsaan dalam kalangan pelajar sekolah semua kaum sudah berada pada tahap yang terbaik dan memuaskan.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM juga menegaskan bahawa teras utama gagasan satu Malaysia adalah satu bahasa yang mendokong bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan bukan gagasan yang mencampuradukkan pelbagai bahasa sepertimana yang ditafsirkan oleh sesetengah pihak.


MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)


Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat pula kurang bersetuju dengan cadangan menjadikan Bahasa Mandarin dan Tamil sebagai subjek wajib di sekolah
kerana berpendapat penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar belum mantap.


Kemudian, Tan Sri Muhyiddin menegaskan...

Subjek Bahasa Mandarin, Tamil tak wajib

GEORGETOWN: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kerajaan tidak akan melaksanakan cadangan mewajibkan subjek Bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan bagi membolehkan murid pelbagai kaum di negara ini menguasai lebih daripada dua bahasa, termasuk bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memperkukuhkan pembelajaran Bahasa Ibunda Pelajar (POL) dengan menyediakan guru subjek Bahasa Mandarin dan Tamil berkelayakan di lebih 7,000 sekolah kebangsaan seluruh negara. Katanya, ketika ini terdapat 337 guru Bahasa Mandarin dan 163 guru Bahasa Tamil mengajar di beberapa sekolah kebangsaan dan pihaknya berpendapat lebih baik jumlah itu ditambah ke semua sekolah.

“Kita akan latih guru berkelayakan dan ditetapkan di semua sekolah. Tidak kira sama ada pelajar di sekolah itu mahu atau tidak (belajar Subjek Mandarin dan Tamil), itu soal kedua.

“Saya percaya bila kita sudah sedia guru mencukupi, mungkin ada yang tidak mahu belajar sebelum ini mahu mempelajarinya kerana ada faedah tambahan disediakan.

“Yang penting bila mereka (pelajar Cina dan India) mahu meneruskan bahasa ibunda, mereka boleh dapatkan pada sistem pendidikan kebangsaan tanpa perlu ke sekolah jenis kebangsaan yang kadang-kadang tidak cukup tempat, " katanya.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan terdapat kesilapan pada kenyataannya, Ahad lalu, kerajaan akan mengkaji cadangan mewajibkan subjek Bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan.

“Dasar itu sudah lama ada, cuma kita hendak laksanakan sepenuhnya. Apa yang berlaku dalam sekolah sebelum ini, mungkin ada guru besar tidak beri perhatian mengenainya. Sebab itu, ibu bapa pelajar Cina dan India tidak berpuas hati dengannya, " katanya.

Secara konklusi,

Subjek Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil telah
diajarkan dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Dan mungkin berita baik rasanya apabila membaca kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang terakhir di laman ini bahawa
Subjek Bahasa Mandarin dan Tamil tidak wajib dan kerajaan tidak akan mengkaji cadangan mewajibkkan bahasa tersebut.
Jadi, kita akan cuma mengambil 9 atau 10 subjek dalam SPM
8 atau 9 subjek dalam PMR
5 kertas dalam UPSR.......
Clear???
So long.....

No comments:

Post a Comment