Not A Hot Stuff

My photo
Still tryin' to adapt to new atmospehere... ...Until now,still luvin' da old'skool
Lilypie Kids Birthday tickers

Sunday, June 6, 2010

KeEGOan Israel Part 1

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Kejam
Zalim
Tidak Berperikemanusiaan


BS teringat kata-kata yang tertempel di t-shirt seorang rakan yang tertulis,

If electricity comes from electron,
Does MORALITY comes from MORONS
?


Pada 31 Mei 2010, 4.30 am(waktu Turki),

komando IDF telah menggempur kapal Mavi Marmara yang dalam satu misi kemanusiaan ke Gaza atas tajaan pelbagai badan antarabangsa.

Kejadian yang sangat dikutuk dan terkutuk ini telah membunuh 9 orang sukarelawan Turki dan berpuluh-puluh lagi cedera termasuk 12 orang rakyat Malaysia.

Tentera Israel, bagaimanapun,

mendakwa askarnya hanya menembak selepas diserang dengan pisau, cotar dan tembakan peluru hidup.
“Kesan daripada keadaan itu anggota tentera laut menggunakan kekerasan termasuk melepaskan tembakan,” menurut jawapan tentera Yahudi itu.

Apapun, Israel tetap mempersalah aktivis damai terbabit.

“Mereka yang memulakan keganasan. Kami berusaha sedaya upaya mengelakkannya. Tetapi askar kami diserang dengan pisau, besi serta ditembak,” kata jurucakap Netanyahu, Mark Regev.

Antara yang cedera termasuk komando laut Israel, dua daripada mereka parah.

Kami hanya bersenjatakan pistol berpeluru getah dan pistol biasa yang hanya digunakan sebagai PILIHAN TERAKHIR Kami.

Defending Monday's military raid, Mark Regev, the Israeli government spokesperson, said the Israeli commandos came under fire from people on board the flotilla whom he branded as "violent extremists".

"Israel was totally within its rights under international law to intercept the ship and to take it to the port of Ashdod," he told Al Jazeera.

"Unfortunately they were met by the activists on the boats with deadly violence, knives, metal clubs, even live fire on our service people. They initiated the violence."

He said the people on board the flotilla were not peaceful activists.

"They are part of the IHH, which is a radical Turkish Islamist organisation which has been investigated by Western governments and by the Turkish government itself in the past for their links with terrorist organisations."

Sekian skrip dan lakon layar yang dicanag dan diarahkan oleh ISRAEL.

Ternyata kalau manusia tidak berhati perut dan memakai topeng binatang, beginilah pendirian dan interpretasi mereka.

SANGKALAN DAKWAAN PERTAMA ;
oleh rakyat kita sendiri

Diacu raifal dengan laser senjata disasarkan ke dahi dan terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan serta berlumuran darah, adalah antara episod ngeri yang dilalui wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, dalam serangan tentera Israel ke atas kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Ahad lalu.

Ashwad yang menyertai misi itu bersama jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip dan 10 rakyat Malaysia lain, turut menceritakan layanan buruk tentera Israel terhadap mereka sepanjang ditahan sebelum dibebaskan, kelmarin.

“Tempoh 28 jam diserang dan ditawan tentera Israel dalam kapal sudah cukup untuk saya merasai penderitaan enam dekad warga Palestin berdepan dengan kekejaman regim Yahudi itu. Perasaan takut, marah dan panik bercampur baur, apatah lagi apabila terpaksa berdepan senjata mereka yang setiap saat diacu ke arah kami.

Episod ngeri itu bermula pada jam 4.30 pagi (waktu Turki) Ahad lalu, sejurus kapal Mavi Marmara memasuki perairan antarabangsa apabila tiga kapal perang Israel yang diiringi 16 bot laju komando mengepung kapal kami.

Tidak ada jalan lain untuk menghalang mereka menaiki kapal, melainkan penjaga keselamatan kapal terpaksa menyembur air ke arah mereka. Itupun tidaklah sekuat mana, berbeza sekali dengan dakwaan media Barat yang mendakwa Mavi Marmara memulakan serangan ke atas tentera Israel.

Selama hampir satu jam kami bergelut menghalang mereka menawan kapal sebelum kemuncaknya apabila tiga helikopter menurunkan komando di lokasi siaran langsung televisyen sedang dijalankan di mana pada ketika itu dianggarkan antara 30 hingga 40 komando Israel bertindak melepaskan tembakan rambang secara bertubi-tubi bagi mengosongkan kawasan itu.

Siapa yang berani berdepan situasi sebegitu, apatah lagi ia adalah pengalaman ngeri pertama sepanjang saya bertugas sebagai media, terutama apabila melihat sendiri beberapa rakan serombongan tumbang terkena peluru sesat.

Malah, lebih menakutkan apabila sasaran serangan mereka dilihat tidak mengira siapa termasuk wartawan dan jurugambar. Ada beberapa jurugambar ditembak di tangan untuk memaksa mereka melepaskan kamera.

Saya dan beberapa rakan lain ketika itu hanya mampu berlindung di sebalik tiang kapal dan berlari ke sana sini bagi mengelak terkena tembakan sebelum terpaku apabila cahaya laser senjata mereka disasarkan ke dahi saya.

Sukar digambarkan betapa saya terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan dan berlumuran darah untuk menyelamatkan diri selepas seorang penumpang kapal di sebelah saya ditembak dengan peluru getah di dada.

Kira-kira jam 7 pagi, kami semua diikat di tangan dan diarah berkumpul di satu kawasan dalam kapal. Keadaan ketika itu tegang dengan perasaan takut menyelubungi wajah semua tawanan apatah lagi muncung senjata tentera Israel sentiasa diacu ke arah kami.

Sejak itu, kami langsung tidak diberi makan atau minum, malah tidak dibenarkan ke tandas. Bayangkan beberapa warga emas, terutama yang menghidap diabetes terpaksa menahan sakit untuk membuang air kecil kerana ketegasan tentera Israel yang langsung tidak bersimpati terhadap mereka.

Mujurlah, selepas berkali-kali dirayu, baru beberapa orang dibenarkan ke tandas, itupun dengan kawalan sangat ketat dan diperlakukan umpama banduan sedangkan mereka semua tidak berdaya dan sekadar orang awam yang tidak berbahaya.

Ketika itu juga, semua kamera, komputer riba serta pen dirampas dan dihancurkan tentera Israel. Apa saja bahan yang merakamkan kejadian serangan itu, turut dihapuskan. Apa yang tinggal pada kami hanya dompet dan dokumen seperti pasport.

Sakit di tangan juga mula terasa dan kebas seperti darah tidak mengalir kerana ikatan itu sangat kuat. Nak bergerak pun sukar kerana cahaya laser senjata mereka sentiasa disasar di dada kami. Bagi menghilangkan dahaga pula, kami terpaksa meminum sisa air dalam botol minuman berhampiran kami. Paling tak dapat dilupakan, satu bar Snickers dikongsi 30 orang untuk sekurang-kurangnya memberi sedikit tenaga.

Sebaik kapal kami berlabuh di Ashdod, Israel, proses untuk keluar dari kapal saja mengambil masa hampir 12 jam. Habis semua pakaian kami ditanggalkan ketika pemeriksaan dibuat. Pemeriksaan semua dokumen itu saja mengambil masa lebih satu jam.

Ketika itu, Tuhan saja yang tahu betapa kasarnya tentera Israel memperlakukan kami meskipun sekadar orang awam. Sudahlah diperlakukan seumpama banduan, kami turut dibawa ke Be'er Sheva, lokasi penjara baru Israel menggunakan bas yang hanya sesuai untuk membawa pengganas dalam perjalanan selama dua jam.

Be'er Sheva adalah penjara baru. Jadi, kami boleh dikatakan tahanan pertama yang merasmikannya. Selepas semua dokumen kami diserahkan kembali, barulah kami dapat merasa sedikit makanan, itupun hanya air mineral, sedikit sayur dan roti. Itu sajalah makanan yang dapat kami jamah sepanjang lebih 15 jam ditahan di penjara itu.

Jika hendak digambarkan keganasan tentera Israel memang sukar, tetapi cukuplah sekadar dikatakan bahawa mereka langsung tidak ada belas kasihan, tidak peduli apa yang diminta walau puas dirayu dan herdikan mereka menjadi teman sepanjang kami ditawan.

Layanan terhadap kami juga tak ubah seperti banduan. Ditolak ke sana sini dengan sangat kasar. Ketika itu, tiada perkara lain yang berlegar dalam kotak fikiran kecuali rasa marah dan berserah. Melihat kepada situasi yang kami hadapi itu, sukar untuk diagak sama ada kami bakal dibebaskan atau sebaliknya.

SANGKALAN DAKWAAN KEDUA ;

Jurukamera Astro diaib depan 60 tahanan selepas ditangkap bersembunyi

KUALA LUMPUR: Hanya kerana memegang kamera video, jurukamera stesen televisyen Astro Awani, Samsul Kamal Abdul Latip, diarahkan oleh komando Israel supaya menanggalkan seluarnya di depan lebih 60 tahanan untuk pemeriksaan lanjut pada tubuhnya ketika kapal berlabuh di Haifa, Israel.
Ketika diarahkan menanggalkan seluar, Samsul Kamal hanya menurut perintah tanpa memikirkan perasaan malu kerana terlalu takut dan hanya berlaku beberapa minit saja selepas komando yang memeriksanya gagal menemui sebarang peralatan mencurigakan.


FAKTA LAGI ;

Aktivis tunjuk bukti tentera Zionis mahu hapus sukarelawan

KUALA LUMPUR: Sukarelawan Malaysia dan dari negara lain yang berada atas kapal Mavi Marmara yakin serangan tentera Israel terhadap kapal itu Ahad lalu sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 10 aktivis sebagai satu serangan dan pembunuhan terancang.

Dakwaan itu berdasarkan serangan menggunakan peluru hidup tanpa amaran, kehadiran dua helikopter berlegar-legar di ruang udara berhampiran kapal seawal jam 2 pagi dan serangan awal pagi ketika aktivis Islam sedang menunaikan solat Subuh.
Ketua Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G), Noorazman Mohd Samsuddin
yang menyertai misi bantuan kemanusiaan Gaza bersama sembilan rakyat Malaysia, berkata apabila tentera Israel menggunakan peluru hidup, ia bermakna mereka berniat untuk membunuh aktivis.

“Jika hanya mahu menawan kapal, tidak perlu guna peluru hidup kerana kami tidak bersenjata. Serangan awal pagi ketika aktivis Islam menunaikan solat Subuh menguatkan lagi teori itu.

“Jika mahu memeriksa kapal, mereka sepatutnya memberi amaran dan memperkenalkan diri dulu. Jika betul ada amaran, kami akan memberhentikan kapal kerana aktivis tidak sekali-kali ingkar arahan pihak berkuasa jika diarah menyerah diri.

“Tiada sebab kami mahu melawan kerana kapal tidak membawa senjata api, sebaliknya hanya bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin,” katanya ketika dihubungi di Jordan, semalam.

Mattias Gardell dan Henning Mankell, kedua-duanya dari Sweden yang turut menuduh Israel merancang untuk melakukan pembunuhan di atas kapal berkenaan.
“Kami ialah saksi kepada pembunuhan terancang,”
kata Mattias yang juga pakar sejarah. Beliau berada atas Mavi Marmara bersama isterinya yang juga sejarawan, Edda Manga.

“Ini adalah serangan tentera terhadap misi bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa.

“Adalah mengejutkan Israel bertindak di luar batasan. Ramai penumpang kapal menganggap komando Israel akan membunuh semua orang. Mereka ketakutan.

“Amat pelik jika ada orang anggap tidak perlu pertahankan diri. Adakah anda patut duduk saja dan kata bunuh saya,” katanya kepada radio awam sejurus tiba di Istanbul, Turki bersama hampir 500 aktivis yang dipetik oleh agensi berita AFP.

Henning, penulis cerita jenayah terkenal Sweden yang berada atas kapal lain pula menyifatkan tindakan Israel itu adalah pelanunan di laut antarabangsa.

Sementara itu, Bulent Yildirm, ketua badan kebajikan Islam Turki yang mengetuai kempen memecahkan sekatan Israel terhadap Gaza, mendakwa askar Israel membunuh aktivis secara rambang apabila memasuki Mavi Marmara yang mengetuai enam kapal lain bagi membawa bantuan ke Gaza.


Pengerusi Aqsa Syarif, Hasanuddin Mohd Yunus,

“Saya menyaksikan sendiri bagaimana tentera Israel menembak tepat ke arah dahi seorang sukarelawan dari Turki sehingga otaknya terkeluar. Mereka juga menembak seorang petugas media dari Indonesia dan peluru terkena dada hanya kerana dia mahu merakamkan gambar kekejaman tentera Yahudi atas kapal,”

Wakil Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia (Haluan) Palestin, Al Hami Husain Suhaimi pula yakin ia adalah serangan terancang untuk menawan Mavi Marmara berdasarkan pengawasan tentera Israel terhadap kapal itu sejak jam 2 pagi.

Beliau berkata, sebelum serangan jam 4.30 pagi, dua helikopter berlegar di ruang udara berhampiran kapal seolah-oleh menunggu masa sesuai untuk menyerang.
“Kami menjangkakan selepas solat Subuh dan bersarapan, kapal mula menghampiri Gaza dan meminta kebenaran untuk memasuki wilayah itu.

“Israel lebih awal bertindak. Selain kapal diekori tentera menaiki dua bot laju yang cuba menaiki kapal, mereka menembak dengan peluru asap untuk memudahkan pergerakan. Semua tindakan itu menggambarkan serangan dibuat secara terancang untuk menawan kapal kami,” katanya.

Bagaimana satu kapal yang diisytihar dalam misi kemanusiaan dan membawa beribu-ribu tan bantuan untuk rakyat Palestin, yang di dalam perutnya bukan sahaja ada yang beragama Islam tetapi bukan Islam boleh diwara-warakan sebagai Ekstremis yang ganas dan memiliki niat untuk mengancam tentera mereka?


Bagaimana Mark Regev boleh mengatakan para aktivis Mavi Marmara yang memulakan serangan dengan memukul dan melepaskan tembakan kepada mereka sedangkan menurut satu laporan tiada langsung senjata merbahaya yang dibawa bersama dan tatkala
Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki berkata Kapal itu telah diperiksa dengan teliti dan tiada pengganas selain sukarelawan dan dipenuhi dengan bantuan kemanusiaan?


Bagaimana mereka boleh menyatakan tindakan mereka itu tidak mencabul mana-mana undang-undang antarabangsa padahal realitinya, Mavi Marmara 'dijajah' di perairan antarabangsa?


Dan apakah mereka tidak membaca fakta lalu cuma mahu memandang auta dan putarbelit sahaja?

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah memanggil satu siasatan untuk menyiasat pencabulan undang-undang oleh Israel dengan dipantau oleh negara-negara terbabit. Malaysia dengan memainkan peranan dengan mencadangkan satu usul untuk mengecam tindakan prejudis Israel itu di Dewan Rakyat Isnin ini.


Dan ketika laungan anti-Israel terus berkeudara, dan ketika para Pemimpin dan aristokrat dunia mengirimkan salam takziah dan geram mereka, dan ketika demonstrasi jalanan merebak di merata dunia, dan ketika sekutunya di Washigton masih gagal menyatakan pendirian, satu pengajaran dapat dicedok daripada tragedi malang ini,


Walau apapun yang dilakukan oleh Israel, kekejaman, kezaliman, hatta pencabulan hak undang-undang,


kita tiada kuasa apa-apa untuk menghalang perkara itu daripada berlaku.


Kita hanya mampu menzahirkan rasa kesal dan geram namun, apa perjuangan kita untuk menghalang etnosid di Palestin sejak 60 tahun lampau?

1 comment: