Not A Hot Stuff

My photo
Still tryin' to adapt to new atmospehere... ...Until now,still luvin' da old'skool
Lilypie Kids Birthday tickers

Sunday, June 6, 2010

KeEGOan Israel Part 2

Salam kepada semua Budak Sekolah.......

BS menyambung kembali untuk menyorot peristiwa yang dipropagandakan oleh Israel.
Kita doakan semoga anak-anak Kapal Rachel Corrie selamat dan dalam perlindungan-Nya. Inilah mangsa kedua keegoan Israel.........

19 aktivis selamat, kapal ditunda ke pelabuhan Ashdod di selatan Israel




KUALA LUMPUR: MV Rachel Corrie, kapal terakhir membawa misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang dikepung Israel, bersama sekumpulan aktivis damai yang turut disertai enam rakyat Malaysia ditawan tentera Israel kira-kira jam 2.45 petang, semalam. Kapal berkenaan yang dalam perjalanan menuju Gaza membawa pelbagai barangan bantuan seperti keperluan perubatan, kerusi roda, peralatan sekolah dan bahan binaan seberat 1,500 tan, kemudian diiringi ke Pelabuhan Ashdod di selatan Israel oleh kapal tentera laut milik rejim Zionis itu.
Semua 19 aktivis yang berada di atas Rachel Corrie ketika ditawan tidak diapa-apakan oleh tentera Israel.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata semua rakyat Malaysia yang kini ditahan Israel dilaporkan selamat dan kerajaan akan terus memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, mereka yang berada di atas kapal itu terdiri daripada tiga sukarelawan mewakili Perdana Global Peace Organisation (PGPO) iaitu Matthias Chang, Shamsul Akmar Musa Kamal dan Ahmad Faizal Azumu.

Katanya, selain mereka, turut berada dalam kapal itu ialah Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, wartawan TV3, Halim Mohamed bersama jurukamera, Mohd Jufri Judin.
“Semua aktivis damai itu meneruskan usaha untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Palestin selepas kapal Mavi Marmara gagal dalam misinya selepas diserang tentera Israel, Ahad minggu lalu.

“Malaysia dengan sekeras-kerasnya mendesak Israel supaya memastikan keselamatan semua aktivis yang berada di atas Rachel Corrie yang kini ditahan pihak berkuasa Israel sentiasa terjamin.

“Malaysia juga mendesak Israel supaya tidak mengambil sebarang tindakan drastik atau ganas ke atas semua penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata,” katanya, semalam.

Sementara itu, Penasihat PGPO, Datuk Mukhriz Mahathir mengesahkan Rachel Corrie sudah ditunda dari perairan antarabangsa untuk ke Ashdod.

“Tindakan itu dilakukan tanpa persetujuan penumpang di atas Rachel Corrie dan ia satu tindakan paksaan yang dibuat ke atas kapal itu dengan matlamat untuk menggagalkan usaha menghantar bekalan ubat-ubatan atas dasar kemanusiaan.

“Kita sebelum ini pun tidak pernah mengiktiraf kependudukan Israel ke atas Gaza apa yang dilakukan Israel (menunda Rachel Corrie) adalah satu pencabulan hak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Membebaskan Gaza (FGM), Huwaida Arraf yang dihubungi di Palestin, berkata pihaknya juga gagal mendapatkan maklumat keadaan terkini Rachel Corrie.

Dan tatkala kejadian yang sama menimpa MV Rachel Corrie,

Di manakah peranan Majlis Keselamatan PBB, Liga Arab, dan OIC?

Apakah ICC tidak mahu melihat jenayah yang terang-terangan dilakukan oleh Israel ini?

Apakah golongan pembuat dasar dan polisi di seluruh dunia yang mengecam tindakan Israel ini hanya mampu melihat kekejaman Israel yang seterusnya?

Konklusinya, TEPUK DADA, TANYA DIRI SENDIRI.

No comments:

Post a Comment