Not A Hot Stuff

My photo
Still tryin' to adapt to new atmospehere... ...Until now,still luvin' da old'skool
Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, December 16, 2009

Malam Anugerah Carta Gedik 2009


Selamat Datang, Welcome, Ahlan Wahsahlan ke Malam Anugerah Carta Gedik Budak Sekolah 2009.

Buat kali pertamanya dalam sejarah, pihak penganjur, Budak Sekolah telah hadir dengan 6 Kategori khusus buat menghargai mereka yang berada di sekelilingnya pada tahun 2009.

Malam ini khusus buat mereka yang berjaya menambat hati panel kami dan dengan tema,
Batik Warisan Kita,
semua hadirin nampak segak dan menawan.
Kembang hidung Farah Neb, perasan orang puji dia...
Baiklah, pemenang-pemenang bagi setiap kategori sudah diumumkan dalam ceritera yang lalu. So, apa function malam Batik ini? Well, jawapannya saja...untuk suka-suka.

Tanpa membuang masa, kategori-kategori Carta Gedik Budak Sekolah 2009...

Kategori Bachelor-Of-The-Year 2009:
M. Faiz Noordin


Kategori DreamGirl 2009:
Farhana Rozahan


Kategori Couple-Of-The-Year 2009:
Tiga Serangkai( Izham-Afiq-Fikri)


Kategori Teacher's Trend and Fashion 2009:
Datin Johara Tauhidah


Kategori Sporting Teacher-Of-The-Year 2009:
Puan Rubiah Said


Kategori Some Wonderful Moments( 3 Abu Bakar) 2009:
Peristiwa Di mana Pn. Norisah, guru Bahasa Melayu 3 Abu Bakar menengking@memarahi kami kerana tidak sedar akan kehadirannya dan tidak memberi perhatian sewajarnya terhadap soalannya sewaktu masa senggang Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Carta Gedik Budak Sekolah 2009.
Sebagai rewardnya, semua pemenang mendapat sekuntum bunga ros merah( lihat gambar di atas) sebagai
Signifikan Kemenangan anda.
Terima Kasih.

Selain itu, pada tahun ini juga, kami akan mengumumkan pemenang bagi Anugerah-Anugerah Khas Juri.
Jika Anugerah Skrin memberi title anugerah ini, Anugerah Yasmin Ahmad yang diterima oleh Jac baru-baru ini.

Penerima Anugerah Tiga Serangkai( Anugerah Khas Ketua Panel)
Carta Gedik Budak Sekolah tahun 2009:
N. Aiman AH Othman

atas satu warna uniknya yang telah mencorakkan dan mewarnai lakaran-lakaran indah kepada potret milik budak-budak sekolah sekelilingnya terutama Izham Ismail.
Dengan pancaran warnanya, beliau berjaya mengubah persepsi kita terhadap sesuatu dan percaya kepada usaha dan kelebihan yang kita miliki.
Pernah satu ketika, beliau hadir untuk memberi semangat tika Izham Ismail beraksi buruk dalam pertandingan yang disertai mereka dan berfikiran negatif terhadap keputusan panel hakim.

Daripada warnanya itu, satu potret yang cukup indah dan bermakna terhasil. Potret ini disemadikan dan dijaga dengan rapi yang akan sentiasa dilihat dan tidak akan luput dek fikiran dan masa yang sentiasa berubah.
Hal ini telah membuat ketua panel berfikir bahawa beliau layak untuk memenangi Anugerah Tiga Serangkai 2009.
Tahniah.






Penerima Anugerah InspirationalLive at School( Anugerah Khas Panel Juri) tahun 2009:
M. Imran Azim
atas satu warna yang dimilikinya yang telah menjadi campuran atau sebatian dalam diari kehidupan budak-budak sekolah yang berada di sekelilingnya.
Daripada satu warna yang dimiliki, beliau berjaya untuk menghasilkan pelbagai warna sama ada neutral, panas, sejuk, dan sebagainya yang telah sama ada menjadi medium untuk kritikan, pujian, atau inspirasi.
Hal ini sangat 'mengagumkan' panel sehingga dirasakan beliau layak menerima
Anugerah InspirationalLive at School. Tahniah.


Para Pemenang Anugerah Khas akan membawa pulang sekuntum bunga Matahari@Sunflower yang diketahui memiliki banyak kegunaan. Hal ini sinonim dengan anda yang telah memberi sumbangan kepada Budak Sekolah bagi tahun 2009.
Terima Kasih dan Tahniah.




Di samping itu, BS ingin menganugerahkan
sekuntum bunga kuning laut ini kepada
Us. Hafizah Abd Samad
Penerima Anugerah Terima Kasih Cikgu
( Anugerah Khas Buat Guru) Carta Gedik Budak Sekolah 2009.




Tahniah kepada semua pemenang pada Malam Anugerah Carta Gedik 2009.
Semoga tahun 2010 akan memberi makna baharu dalam lingkungan hidup anda. Dan dapat meningkatkan pencapaian diri dan menjadi seorang teman, rakan, dan sahabat yang lebih baik buat budak-budak sekolah yang berada di sekeliling anda.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH.

Jumpa lagi pada Malam Anugerah 2010.
Sekian, Terima Kasih.

2 comments:

  1. thanx dude.
    4 the award...
    herm...
    "pernah satu ketika"?
    tike bile tu ek??
    tym bahas keR??

    ReplyDelete
  2. Woh,pernah suatu ketika merujuk kpd..
    Pertandingan bahas ala parlimen peringkat zon separuh akhir menentang SAMTAJ..
    I really worry about the decision..
    They took half an hour kira markah...
    Malunya bila kte kalah...

    ReplyDelete