Not A Hot Stuff

My photo
Still tryin' to adapt to new atmospehere... ...Until now,still luvin' da old'skool
Lilypie Kids Birthday tickers

Sunday, December 6, 2009

Satu Ceritera untuk Dikongsi.....

Hello, Guys!!

Entah kenapa tapi BS terasa hendak menulis sekelumit ceritera ini daripada ceritera-ceritera yang sudah diwarnai dalam diari BS. Secara peribadi, dalam hidup seorang Budak Sekolah yang sudah mencapai 1 dekad 5 tahun ini pada pertengahan September lalu, BS sudah menemui dan berkenalan dengan ramai orang secara 'excursion' gitu. Bukan untuk jangka masa panjang tetapi cukuplah dengan tanggapan pertama dan perkenalan ringkas dan pendek gitu. Pelbagai perangai dan rupa sudah diri ini ketemu.

Well, memandangkan BS ini seorang yang dinilai oleh teman-teman sekelas( in English, classmates) BS dan tidak lupa para pengkritik dan pemerhati di sekolah tempat BS menuntut ilmu sebagai seorang yang banyak cakap atau cukup dikenali sekarang sebagai mulut murai tapi jangan lupa ada lagi sambungannya, "BS although cakap banyak tapi penuh isi dan ilmu," Arrgh! Kenapa? Tak percaya? Thank You, my friends...
BS nak nasihatkan jika anda seorang yang bercakap melebihi 100 000 patah perkataan sehari, keluarkan daripada mulut anda mutiara dan permata ilmu atau fakta sebanyak 75 000 patah dan 15 000 lagi kita reservekan untuk benda-benda tak berfaedah lain seperti berbual kosong, gosip, dan lain-lain. Well, takkan kita nak menafikan keseronokan remaja untuk berlibur dan berseronok. BS pernah mendengar daripada seorang teman, yang memetik kata-kata seorang pakar Psikologi Barat( Maaf, tak ingat nama pakar tersebut), "Kita tidak boleh menafikan keghairahan remaja untuk berseronok dan meneroka,"

Walau apapun, mari kita kembali ke fokus pembacaan kita iaitu my storylah..haha....
Dalam ramai-ramai kenalan BS, ada seorang budak ini atau bahasa remaja, mamat ini yang ada teman kata boleh tahan, kind of hottie, and 'all rounder' dalam English, yang time dulu-dulunya ada iras dengan abang Zac Efron daripada High School Musical. Kegemaran budak-budak sekolah dahulu, kini, dan selamanya dengan kisah plotnya yang menarik, pelakonnya yang mencetuskan fenomena, dan lagunya yang fresh....it's my favourite all the times..Opps! Terlajak lagi.
So, apa yang menariknya mengenai mamat ini sehingga menarik perhatian Pemenang Anugerah Mata pelajaran Terbaik Bahasa Melayu, Bahasa Asing, dan Sains Trial PMR 2009 ini? Well, there's only a ceritera. Berkenaan ceritera 'cinta' monyet( dengan izin menggunakan perkataan itu) mamat ini. Dia ini punya ramai( but I don't know ramai itu berapa kuantitinya) peminat yang demand attention( sorry kalau diksi salah) from him. EEeleh, macam Zac Efron pulak! But that's the truth and reality...So, berduyun minta berpasangan dan mana yang lebih tua pula, minta dijadikan adik angkat.
Itu baharu permulaannya...klimaks pula...ada antara permohonan itu yang diluluskan oleh si tuan punya badan. Nak cakap apa, that's hisself, lantaklah..jadi, sebagai couples ke,adik angkat sekurang-kurangnya, apa yang anda bayangkan? Fikirlah sendiri. Tetapi, this is different..perasaan mereka dikatakan oleh segelintir teman BS sebagai dipermainkan oleh mamat ini. I don't care. He can find a new one and clash and approved 'permohonan' and clash. I don't know what to comment. Fikirlah sendiri cause jika anda kurang menggunakan otak anda ketika muda, potensi anda untuk menghidap Alzheimer sangatlah tinggi. So, fikir-fikirkanlah...

I hope you all get the story walaupun cuma about 35-40 percent je...takpe okeylah tu..apabila bercakap dengan seorang lagi teman BS, yang tidak mengenali langsung mamat itu, dia bawa satu lagi ceritera yang baik BS fikir untuk renungan kita semua. Let's read this story plak...
Aku kenal dengan seorang kawan tapi bukan sebayalah. Dia itu bertahun lagi tua daripada aku, dan persamaannya, dia juga ada 'fan clubnya' sendiri. Mempermainkan perasaan orang kerja biasa dan apabila tiba seruan untuk mendirikan rumah tangga, dia cuba mencari dan yang dapat, kita mesti fikir yang hot, hangat, cantik je..for him, tapi, dia tak dapat benda-benda itu when it comes to the day. Dia tidak meneruskan hidup dengan someone yang menjadi rebutan dan popular padahal she likes him anyway...dululah..
The End...

Secara tuntas, what goes around comes around...buat baik dibalas baik...
Bercakap untuk sesiapa yang terpinggir di landasan populariti di sekolah dan mana-mana sahaja dia berada, I have a tips...
@ Walau apapun berlaku, jadilah diri sendiri. Pedulikan apa-apa yang orang kata dan binalah personaliti yang menarik atau sekurang-kurangnya boleh didekati oleh guru-guru terutamanya dan paling utama, jangan malu untuk shout out dan show off what you got..be proud of yourself..
Budak Sekolah, 2009



P/S: Ceritera di atas merupakan salah satu kisah yang berlaku dalam hidup penulis. Ceritera ini hanya untuk renungan dan topik pemikiran dan tiada kena mengena dengan orang yang ditulis secara langsung atau tidak langsung. Jika ada persamaan, hanyalah kebetulan sahaja.. Kisah ini telah ditulis menurut pengetahuan dan perspektif penulis semata-mata, jika ada khilaf, mohon maaf.

4 comments:

  1. spe mamat tu?
    nk tawu gk..
    bg r klu sket..

    ReplyDelete
  2. huahua. I know the 'mamat'
    ehm, naseb baik la aku ni jenis yg suke membaca. izham, lain kali masukkan some pics or anything la yg boleh buatkan lg more interesting :) komen ikhlas ni

    ReplyDelete
  3. Sorry Neb, BS bab2 upload pictures tak retilah...
    Tak sempat pergi kursus lagi...
    I admit memang jahil sket bab2 ini..sorry

    ReplyDelete
  4. I love to write but don't know how to make it interesting.....thanks..thousands times.

    ReplyDelete