Not A Hot Stuff

My photo
Still tryin' to adapt to new atmospehere... ...Until now,still luvin' da old'skool
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, November 30, 2009

S.O.S. Dari Artik


Hello Everyone!What do you think of the picture above? Pingu..Pingu..Pingu.. Am I right? Well, dalam ceritera kali ini, BS tertarik untuk menulis mengenai satu isu setelah membaca satu tulisan yang BS kira telah membuka mata dan fikiran BS tentang betapa signal kecemasan yang dinyalakan oleh kutub semakin kuat dan memerlukan perhatian kita untuk membantunya.


Sudahkah anda menonton filem 2012, We were Warned? I'm sure ramai yang sudah menonton filem hollywood pecah panggung ini. Dalam filem ini, bayangkan bumi ini sebuah robot bulat yang sedang berkata, "Self descruction mode activated," Bumi sedang menghancurkan dirinya sendiri!Air bawah tanah di seluruh dunia sedang menggelegak dek netrino( if I'm not mistaken), satu radiasi merbahaya daripada matahari yang selama ini telah memanaskan kita dan memastikan kita sentiasa bernafas di dunia ini. Bagaimana manusia menyelamatkan diri daripada kemusnahan dashyat dan sikap pentingkan diri segelintir manusia yang kita beri kepercayaan untuk mentadbir. Well, kata Ustazah Hafizah Abd. Samad,M.A.( UM), " Let's we see how is the imagination of the filmmaker from outside about The End of The World," Now we see it...



Memetik fakta-fakta yang dihamburkan oleh Siti Athirah Dzulkifly dalam her article, Artik Beri Isyarat Kecemasan( Utusan Malaysia, Rabu, 25 November 2009), glob yang kita diami sekian lama sedang menderita dan mungkin tanpa prakarsa kita, penguin-penguin yang sedang duduk relax atas aisberg y7ang tidak pernah memikirkan kerja sekolahnya akan pupus. I'm talking the truth betapa imaginasi pembikin filem itu bukanlah satu bayangan sahaja tetapi realiti pada dasarnya..... scroll down for more latest facts...








Fakta pertama....Ekspedisi ke Artik selama 73 hari yang diketuai pengembara veteran bernama Pen Hadow bersama-sama dua rakannya dari Britain, Martin Hartley dan Ann Daniels meramalkan, kemungkinan besar kutub utara tidak lagi akan dilitupi ais dalam tempoh satu dekad.(10 tahun)



Fakta kedua....Ketua kumpulan Fizik Lautan Kutub, Universiti Cambridge, United Kingdom (UK), Profesor Peter Wadhams, berdasarkan hasil pemantauan dan ukuran yang dijalankan,
''Purata ketebalan 2 meter menyamai ais di Artik yang dibentuk dalam satu tahun, dan ia terdedah kepada risiko kecairan pada musim panas. Tetapi, apa yang membimbangkan ialah ais yang terbentuk lebih daripada satu tahun lalu kini didapati menipis dengan kadar yang cepat.(bukan satu keadaan yang digemari oleh polar bear and penguin) Mereka mungkin berkata," Kenapa lantai ais ini semakin rapuh?,"

''Ia sekali gus menunjukkan satu contoh konkrit berhubung fenomena perubahan global,jelas sekali menunjukkan Artik kini diancam bahaya.

''Kawasan itu(kawasan Artik yang meliputi bahagian-bahagian Kanada, Greenland, Rusia, Iceland, Norway, Sweden, dan Finland) semakin menjadi laut lepas setiap kali musim panas tiba, tidak mustahil lambat laun ais di laut akan hilang sepenuhnya,"




Fakta ketiga.....Catatan suhu udara di Lautan Artik telah mencapai sehingga 4 darjah celsius(well, bagi kita suhu itu cukup sejuk..entah berapa lapis baju kita kena pakai tapi sekarang kita membicarakan mengenai Artik, it's very normal to have normal temperature under the freezing point) di atas paras normal antara Oktober hingga Disember 2008 sekali gus menimbulkan tanda tanya yang besar dalam kalangan para penyelidik yang menyifatkan hal ini sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.






Fakta keempat....Jumlah sebenar litupan ais telah semakin menipis dalam masa kurang dari satu tahun. Pada tahun 2008, kehilangan ais di Artik mencatatkan peratusan di angka sembilan, satu penurunan mendadak berbanding pada tahun 2007 (21 peratus), yang dikatakan tahun di mana Artik mencair paling drastik. Para pengkaji mendapati ais 'tua' yang terdapat di Artik hanya tinggal 19 peratus sahaja berbanding pada tahun antara 1981 hingga 2000( 52 %) sebelum ketebalan ais semakin mengecil kepada 0.68 meter antara tahun 2004 hingga 2008. Bayangkanlah keadaan ini untuk beberapa tahun akan datang sahaja...







Fakta keempat.....Menurut hasil penelitian Ahli Ekologi Ekosistem, Institut Kajian Penggunaan Daratan Macaulay, United Kingdom (UK), Dr.Martin Sommerkorn, isu kecairan ais di Artik jika tidak ditangani segera akan mengakibatkan separuh daripada populasi dunia terjejas, selain berlakunya peningkatan pengeluaran gas rumah hijau termasuk perubahan cuaca keterlaluan secara global. Hal ini demikian kerana Lautan Artik merupakan posisi utama dalam sistem iklim bumi dan sama ada sedar atau tidak, bongkah-bongkah ais yang semakin mencair kini turut memberi respons negatif kepada iklim bumi dan kesannya adalah jauh lebih daripada terhadap Artik semata-mata.









Fakta kelima.....Penasihat Kanan Perubahan Iklim Tabung Hidupan Liar (WWF) , Dr. Sommerkorn berkata, statistik akhir berhubung litupan ais paling minimum di Artik berkemungkinan hanya tinggal 4.13 juta kilometer persegi berbanding tahun lepas.

"Selain Artik, dilema yang sama turut sedang membelenggu benua Antartika di mana satu laporan oleh Jawatankuasa Saintifik Penyelidikan Antartika (SCAR) AS menunjukkan bahawa ais di kawasan itu semakin berkurangan sehingga 27,000 kilometer per segi sejak direkodkan 50 tahun lalu," katanya.






Terkejut? Mari lihat pula kesan aktiviti yang giat di Artik itu kepada manusia...

Impak, Implikasi, Kesan kepada kita, penghuni planet Bumi....Berdasarkan beberapa kajian yang dijalankan oleh pakar di seluruh dunia, jika ais di kedua-dua kutub ini cair sepenuhnya dalam tempoh yang diramalkan akan menyebabkan paras air laut meningkat melebihi 68 meter dan mampu menenggelamkan kira-kira 13 juta kilometer persegi daratan yang sedia ada.

Hal ini belum berlaku tatkala BS menulis ceritera ini. Tetapi jika hal ini sudah menjadi satu realiti bukan mimpi ngeri, dunia terpaksa mengucapkan 'selamat tinggal', Hi Hi Bye Bye kepada negara-negara terjejas seperti Bangladesh, utara Eropah, sebahagian Siberia, Amazon, tanah besar China termasuk sebahagian kawasan daratan di tenggara AS sambil ternganga kaget apabila bumi yang sedang tenggelam. Apakah kita sanggup melihat ramalan ini menjadi nyata di Google Map? Tepuk dada tanya selera.







S.O.S. dari Artik sudah dipasang. Kini, hanya menuggu bantuan tiba daripada sesiapa yang bisa menghulurkan tangan menyelamatkannya. Sanggupkah kita melihat penguin putih jantan yang sedang mengeram telur hilang entah ke mana, Bunyian-bunyian unggas yang lelap, polar bear yang sudah tidak punya tempat berhibernasi? Tentunya kita tidak mahu 'dunia putih' ini terus lenyap dan menjadi sejarah buat setiap hidupan di planet biru ini. Renug-renungkanlah.....adakah air bawah tanah yang akan menggelegak atau air atas tanah yang akan memusnahkan kita?

1 comment:

  1. kte ske sgt post ko kali ni.
    bnyk bg imput.
    kte dh lme dh sedar bnde ni cume,
    i'm just a person, wat can i do bout global warming.

    ReplyDelete