Harus diingat mana yang lupa, harus dijaga mana yang lena, harus ditegur mana yang alpa...
Izinkan BS menyambung lagi analisis terhadap Kepimpinan Pelajar tahun 2009. BS telah menerima banyak koman positif daripada ramai pembaca BS terhadap Analisis Budak Sekolah part 1 hari itu. Rentetan itu, BS berasa perlunya lebih banyak kedangkalan dan masalah yang berlaku daripada kaca mata pelbagai pihak perlu didedahkan untuk kita mengambil pengajaran daripada coretan-coretan ini.
Setelah BS gali dan kaji bak skuad Melodi yang dok sibuk dengan kisah cerai-berai artis kita dan laksana pakar Astronomi dan Astrofizik yang tanpa jemu mendongak langit mencari planet baharu buat umat manusia, dan seperti doktor bedah dalam bilik bedah yang mengali mencari tumor kanser yang seperti semua tahu membunuh...itulah gamaknya BS menggali agar penemuan ini membuka mata dan tak lupa minda kita yang membaca.
Puas mencari, BS berasa Badan Kepimpinan Pelajar seharusnya mendengar kata-kata dan pendapat kami, golongan yang dipimpin. BS tidak melihat hal itu sebagai satu masalah besar buat mana-mana leaders dalam dunia ini. Memetik kata-kata Perdana Menteri sendiri,Dato' Seri Najib Razak, " Zaman kerajaan mengetahui segalanya telah berakhir," BS tahu it's hard untuk memuaskan hati semua orang tapi tak salahkan kalau kita mencuba agar ukhwah itu terjalin didasarkan rasa respect yang mendalam kepada mereka. Whatever!!Malas nak komen...
Masalah yang dilihat semakin kronik: Secara jujur BS kira, masalah disiplin( dengan izin menggunakan perkataan itu) seperti bangun lewat, dll( sekadar menyebut beberapa) hanya bisa dikurangkan sekurang-kurangnya jika kita tidak berupaya mengekang seratus peratus, mereka tidak melakukan masalah yang sama. Fikir-fikirkanlah. Mereka membentangkan segala kesalahan kami tetapi mereka terlupa bahawa mereka juga melakukan masalah yang sama. Hello! Masakan ketam mengajar anaknya berjalan lurus, itulah kata peribahasa Melayu dan banyak kali BS mendengar ramai yang complaint tentang hal ini. I'm just writing it back.
Satu fakta yang menarik juga untuk diberi perhatian ialah Ketua Pengawas dalam kalangan Form Four pada dua tahun berturut-turut bukan terdiri dalam kalangan murid asrama. Jawatan itu sudah tentu dipegang oleh 'budak luar'. Dua tahun berturut-turut semenjak pemergian A. Paan. Buka Mata. Fikir-fikirkanlah tentang kepentingan jawatan itu kepada institusi asrama kita. I don't wanna write about that here. Apakah next year akan berlaku perkara yang serupa? Leave your comment here...
Selain itu, setelah BS menyelongkar daripada perkara-perkara yang berlaku, BS mendapati ada kekurangan dalam aktiviti Cerdas Cergas di asrama. Sila beri perhatian terutama bakal AJK dan barisan kepimpinan pelajar next year. Satu cadangan ikhlas daripada seorang Budak Sekolah di sini adalah: I think for next year, semua aktiviti harus diseragamkan dengan Aspuri dan menambah aktiviti baharu yang punya kepentingan di sekolah seperti Pertandingan Debat antara Dorm untuk mencari pelapis dan fresh talent dalam kalangan budak asrama. Am I right? Is this among the objective?i.e. to find new talent to represent school? If tht so, I see it reached its objective for a few only!
Notice of Disclaim
Segala yang ditulis dalam laporan ini adalah seratus peratus pandangan, pendapat, pemikiran, fiktif, dan langkah atau cadangan ini adalah pendapat Budak Sekolah semata-mata dengan mengambil kira pandangan ramai teman lain di asrama sepanjang tahun 2009. Daripada perbincangan tidak rasmi, komen, kritik, dsb budak-budak asrama yang lain.
KONKLUSI
Well, pada tahun ini, kita diperlihat dengan pelbagai masalah dan isu yang melanda di asrama kita yang tercinta ini. Tugas kita sebenarnya bukan sekadar mengkritik dan mengutuk kelemahan atau kedangkalan mereka tetapi perlu memberi idea dan mencari prakarsa yang proaktif bagi mengangkat kembali kegemilangan asrama SMK Seksyen 18. Pada fikiran BS, tugas ini tidak lain tidak bukan perlu diletakkan di pundak barisan kepimpinan pelajar asrama 2010. Namun itu, tidak kisahlah apa yang berlaku, kita harus memandang ke hadapan dan berusaha untuk memajukan diri kita sendiri.
Harapan seorang Budak Sekolah: Mereka yang bakal menerajui asrama ini, iaitu rakan-rakan BS di tingkatan tiga terutama mereka yang membaca analisis ini untuk membuka mata dan minda dan seterusnya membuat anjakan paradigma dan minda dengan merancang aktiviti yang tidak membosankan dan rasional dalam tindakan mereka. Mudah-mudahan tiada yang mengkritik di malam hari sebaliknya hanya memuji usaha yang anda lakukan.
Analisis Kepimpinan Pelajar 2009 tamat di sini.
Some related Q:
"Dunia akan dipimpin oleh orang berotak kanan tetapi akan dirampas oleh orang berotak kiri," Unknown.
"Bekerja bersama saya, bukan bekerja untuk saya," Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri, 2003.
"Saya tidak akan mengubah sesuatu yang baik," Pn. Rubiah binti Said, Pengetua Cemerlang DG 52, SMK Seksyen 18, Shah Alam, 2009.
"Seorang pemimpin yang baik adalah dia selalu mendengar apabila tiada orang lain yang mahu mendengar," Unknown.
Fikir-Fikirkanlah..............
Thanks for all feedbacks. Many of readers want me to continue with my analysis. Here they are.
ReplyDeleteThanks for all feedbacks. Many of you want me to continue my analysis. Here they are.
ReplyDeleteyes, I agreed
ReplyDeleteWell, you know what, dah tiba masanye yang jawatan ketua pengawas tu diberi pada orang luar.......
ReplyDelete