Not A Hot Stuff

My photo
Still tryin' to adapt to new atmospehere... ...Until now,still luvin' da old'skool
Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, March 20, 2010

Epilog Bulan March???

Haloo, guys!!!

Thank you! Thank You! Thank You!
Thanks all readers and visitors....kerana anda semualah BS masih lagi punya semangat dan keghairahan untuk menulis dan mencoret liku-liku hidup yang BS tempuhi selama bergelar Budak Sekolah dan mencari isu-isu dan bahan ilmiah untuk tatapan you all.

Anyway, I'm going back to Bagan Datoh and till we meet again 4 minggu mendatang. I know lama lagi and you all pasti rindu akan BS nanti...kenang daku dalam doamu..
Seperti biasa, tolong doakan dan harapkan yang terbaik dan terindah dalam hiudp BS dan hidup kalian dalam meniti masa-masa yang semakin singkat ini. Harapan BS cuma satu, semakin berjaya dalam kehidupan. Berharap agar hari ini lebih cerah dari semalam dan keajaiban akan menjengok kita sekali.

Actually, kalau you all tengok Ceriterabudaksekolah ini sudah kurang diupdate. I'm so sorry. Walaupun BS tahu yang sebenarnya you all kurang membaca my writings here, at least I want to tell something to the whole world each time I meet with new experiences. That's all.
Sorry coz tak dapat tell you all tentang Kehidupan yang Ektravaganza dan my trip ke luar negeri. I'm so busy belakangan ini. Sorry, CeriteraBS....

Okey, I've to go. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Lagi beberapa jam nak berangkat and banyak benda tak kemas lagi. So long and till we meet again.

BS: baru print gambar-gambar yang ditangkap oleh Kamera Kecil last and this year. My God! I feel like crying coz hampir semua guys dalam gambar tersebut sudah tiada di 18 and it goes almost the same with girls. Entahlah..no comment.....

P/S: Attention to ex-18 yang lahir pada 1994 dan fikir layak untuk attend Hari Anugerah,
it is official that SMK Seksyen 18 akan mengadakan
Hari Anugerah Kecemerlangan pada 24 April 2010.
Yes, I know budak-budak SBP and maybe MRSM tak balik pada masa itu.
So, Ustazah Hafizah berharap bagi yang dekat-dekat itu, dapat mohon balik dan menghadiri majlis itu...Terima kasih...:-P

Kenangan lalu.......


Life's short....
So,
take sometimes to relax and rejuvenate ourselves....
Meaning, enjoy and have some fun.....
Enjoy you days before it's end.....


Wednesday, March 17, 2010

Liku Kehidupan Kedua

Hello, gang!!!

How was life at this March holiday? Boring? Nothing to do? Well, just sit back and relax for awhile. Macam yang BS katakan dulu....DUNIA kita semua sekarang sedang berhenti for a week, so, kita tiada tempat untuk meletakkan kaki dan mengembangkan sayap kita dalam tempoh ini.
By the way, BS harap you all bersyukur dengan life yang dikecapi saat ini.

Liku kehidupan Budak SABDA yang kedua sebelum berlayar meninggalkan alma mater itu untuk seminggu....

SUKANTARA SABDA YANG PERTAMA

Apabila masuk bab Sukantara, BS quite sure yang ramai daripada kita akan mengeluh dan sedang mencari strategi untuk mengelat aktiviti tahunan kebanyakan or maybe semua sekolah dalam Malaysia ini. So, to budak-budak form 5, it's gonna be your last sukantara. Namun, buat kami yang masih ada beberapa tahun ini, hangus kitaorang dibuatnya.

Sukantara SABDA menyaksikan tiga L dipertandingkan, iaitu:
  • Lontar Peluru
  • Lumba lari 100m
  • Lompat Jauh
Malangnya dan sayang berjuta kali sayang, syarat kelayakan yang diletakkan oleh pihak penganjur terlalu sukar untuk digapai oleh BS. Sorry, Amber, kita menang yang lain pula...
Hal ini demikian kerana.....

Cuba bayangkan:

  1. Lontar Peluru: Lelaki bawah18 -10 meter(hanya beberapa orang yg lepas)
  2. Lompat jauh: Lelaki- 5m(hanya 2-3 orang yg lepas)
  3. 100m: dalam masa 13s (berapa kerat je yang lepas)
Betul takBS kata? Macam menggapai bintang di langit kelam. Pertama, I'm not a sportman. Kedua, tidak reti teknik yang betul. Ketiga, dalam panas terik. YA, I know, alasan, tapi, this is all what I've got. Walaubagaimanapun, bayangkan if sukantara ini tidak rigik meaning, ada 2 zon mendapat mata.

Contoh;
Lontar peluru
- 10m ke atas dapat 3 markah
- 9-8m dapat 2 markah...
kan lagi senang. Atau, turunkan lagi ketinggian bintang di langit itu.

Misal; Lumba Lari 100m- Lelaki menengah atas- 15s
- Perempuan menengah atas- 17s
- Lelaki menengah rendah- 17s
- Perempuan meengah rendah- 19s...
kan senang juga..realistik kan idea BS?
Harap-harap jika En. Zul baca, beliau akan menukar sistem sukantara pada tahun depan.
Amin...

Sukantara telah berlalu dengan BS tidak menyumbangkan apa-apa mata untuk Rumah Amber.....sorry once again...

So long...kita akan bertemu lagi dalam liku seterusnya...

Namamu Teratas, Indah Bercahaya

Well, ini adalah sajak yang telah direka oleh seorang kawan baik BS, Nuur Izham Ismail.
Buat pengetahuan semua, sajak ini telah memenangi tempat pertama@johan@juara@champion dalam pertandingan Mendeklamasi Sajak/Puisi sempena Maulidur Rasul
di SABDA pada 6 Mac yang lalu.
Hayati bait-bait dan makna puisi bertemakan ceritera hidup Rasulullah ini...


NAMAMU TERATAS, INDAH BERCAHAYA

Manakan dapat kami ungkap,
Manakan dapat mereka luahkan,
Mnakan lahir satu ekspresi,
Jasa dan pengorbanan seorang insan ini

Dan tatkala 12 Rabiul Awal, Tahun Gajah,
Menyala Api Majusi ratusan darsawarsa,
Padam, sepi daripada percikan baranya,
Petanda keagungannya

Dan tatkala 12 Rabiul Awal,
Siti Aminah berhempas pulas,
Melahirkan seorang bayi, berbinkan Abdullah,
Anak kecil yang tiada siapa tahu peri penting dan signifikannya kepada dunia

Muhammad,
Namamu teratas, indah bercahaya,
Anugerah ilham al-khalik kepada Abdul Mutalib,
Satu nama yang belum pernah menitip di bibir masyarakat,
Satu nama yang tiada tolok bandingnya

Betapa Gua Hira' menjadi saksi,
Muhammad bukan seperti mereka,
Berhibur, berlibur tak kira masa,
Dia mencari gerangan Tuhannya,
Menghabiskan hari-hari berlalu dengan munajat padanya

Betapa Gua Hira' sekali lagi menjadi saksi,
Bilamana Jibril menjejak kaki,
"Iqra, ya Muhammad, Iqra,"
"Iqra, bismirabbikallazihalak,"
Muhammad nyata terkejut,
Terpancar citta adrealinnya,
Tidak ketahuan dirinya Utusan Ilahi

Tiga tahun dakwahnya,
Sulit,
Sulit, tersembunyi,
Kemudian, penuh luka dan liku-liku,
Ini bukan doktrin gila, bukan ideologi membabi buta,
Hazal Islam,
Ad-in mardotillah
Segala onak duri,
Dihadapi dengan tabah

Alangkah indah jazirah Arab,
Hadir Muhammad bawa sinar,
bawa rahmat untuk sekalian alam,
Melimpahkan cahaya infinitinya dari detik ini hingga hari kemudian

Betapa perilaku, pembawakan, akhlaknya,
Al-Quran,
Sifat ulung, gemilangnya menawan hati,
Ajari umat bukan dengan kekerasan,
Namun dengan ketinggian budi pekerti,
Sebut sahaja nama Umar, Abu Sufyan,
Semuanya menginsafi diri

Semangatmu, azammu, keghairahanmu,
Lantas, menyebarkan agama bertuah ini ke seantero alam,
Meliputi timur ke barat,
Selatan ke utara
Dia kekasih Tuhanku,
Dan ketika kau hendak memejamkan mata,
Lidahmu basah menyebut,
Ummati! Ummati! Ummati!
Nyata menyentap setiap ruang ventrikal dan atrium kami

Oh! Kidung malam, nyanyikan lagu,
Lagu hatiku yang terpendam,
Oh! Bintang malam, lukis wajahnya,
Katakan aku rindu........

Maafkanj bila ku tak sempurna,
Cinta ini tak mungkin ku cegah,
Ayat-ayat selawat bercerita,
Tasbih cintaku padamu.....

Muhammad, apakah dengan hanya sekadar meraikan ulang tahunmu ini cukup untuk merepresentasikan cinta kami padamu?


Nuur Izham Ismail
Masjid Al-Qura'
1330
Mac. 5, Jumaat
Please...turunkan komen anda setelah anda membaca sajak ini. Terima kasih kepada mereka yang berbuat demikian.

Bukan Liku Kehidupan yang Kedua

Salam Berbahagia dan Salam Perpaduan kepada semua pembaca dan pelawat Ceritera Budak Sekolah!!!

BS akan teruskan kepada liku kehidupan yang seterusnya.....but, I don't think this was a liku. It more to R&R dalam route budak-budak SABDA selama nearly 14 hari ini. Tanpa membuang masa dan perkataan, sambutan pertama SABDA...

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SABDA
KALI PERTAMA

Seperti yang kita semua serba maklum, umat Islam meraikan ulang tahun Junjungan Besar, Nabi Muhammad pada 12 Rabiul Awal 1431h bersamaan dengan 26 Februari 2010m yang lalu. Maka, SABDA juga tidak ketinggalan untuk meraikan sambutan ini. Jika negara kita mengadakan sambutan pada hari Jumaat tersebut, SABDA yang berdiri megah di pinggir desa pula mengadakan majlis ini pada maklumat berikut:

Tarikh: Mac. 6, 2010
Hari; Sabtu
Masa: 2030-2230
Venue: mana lagi, kalau bukan, Dewan Besar SABDA
VIP: Tn. Hj. Ardani Yunos, Pengetua Cemerlang Gred DG54


Prolog:

Us. Nadzmi, 0ne of many ustads in SABDA menganjurkan pertandingan mendeklamasi Sajak/Puisi untuk sambutan inilah. So, am I got what it takes to participate in this competition? Yes, I think I am. Hahaha...macam bodoh je..
Actually, pada mulanya, BS enggan untuk masuk but atas desakan dan invitition Abang Azuan, adalah Form 5 my school, I masuk bertanding juga akhirnya. Then, kelam-kabutlah mencari sajak yang sesuai bertemakan Maulidur Rasul. I did called my mom, malangnya she said,

"Hey, mana ada surat khabar Berita Harian hari Sabtu kat rumah, dah recycle,"

Damn!, dalam hati. Dengan tiada pilihan dan desperate untuk mencari puisi yang ideal demi pertandingan sajak Maulidur Rasul, I have to make my own. Hello, tak mainlah copy or cari dalam internet or antologi puisi. Ucapkan apa yang terlintas dalam hatimu....cewah, macam sasterawan negara pula.

Okey, stop about that cerita cari sajak itu.
Maka, hendak atau tidak, Sabtu pagi bertempat di Surau, BS pun menyampaikan sajak ciptaannya sendiri. Haru-biru dibuatnya. Ada ayat al-Quran yang salah, diksi yang tidak betul, dan sebagainya.Intonasi pun ke laut..Okey, I admit. Nobody perfect, right?

Tapi, bersaksikan teman-teman dan 2 hakim yang adil dan bijaksana, Us. Nadzmi dan Mr. Hafiz, thanks judges....before that, lupa nak beritahu, pemenang kena buat persembahan di hadapan semua ahli SABDA dan cikgu..not a big mess for me..pemenang pertandingan itu adalah seperti beikut:

Kategori Male: Nuur IZHAM Ismail Kategori Female: SALSABILA
we're both Budak Haitham, bangga tak?

Selain kami, no 2 and no 3, both kategori dikehendaki bersajak malam sambutan itu.

End of sebelah pagi punya program, nanti I kongsikan sajak nukilan Izham Ismail sendiri....let move on to Malam Sambutan Maulidur Rasul...

Best, ada ceramah yang disampaikan us. Wan Najib.
Bolehlah ceramahnya, tak membosankan for me walaupun
iada kaitan banyak dengan kelahiran Nabi kita.
Then, persembahan sajak yang dimulakan oleh IZHAM.
I love cara Salsabila sajak,
penuh penghayatan.
no wonder dia menang hari itu.
Tak lama selepas persembahan sajak,
nasyid pula.
Habis nasyid, selawat.
Okey.
Woh, apa nama kumpulan nasyid itu, SAUTUS SABDA( Suara SABDA) kalau telinga BS masih segar untuk mendengarlah.
Memuaskan tapi I Think they really need a lot of improvements...

Sambutan Maulidur Rasul SABDA sampai ke khatimahnya.....R&R selepas melalui minggu yang panjang......

Monday, March 15, 2010

Liku Yang Pertama

Assalamuaikum dan Salam 1Malysia!!!

My friends around the world,

Budak-budak SABDA(as you know, SABDA stands for Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh) pasti telah menulis perihal liku-liku kehidupan yang terpaksa dilalui oleh mereka sepanjang 3 minggu yang lepas. Tengok mereka menulis, BS juga terdorong untuk melakukan tindakan yang sama. Liku yang pertama........

UJIAN PENILAIAN 1, SMS BAGAN DATOH





What!!Tidak kisahlah apa nama ujian itu dipanggil, yang pastinya, I'm so nervous and a little bit cuak coz takut tidak berikan my best performance and good impression kepada my teachers. Hey, I am a new student so I need to something to shine off. Am I right?

Hari-hari ujian itu berlalu juga dengan bahagia dan jayanya walaupun kami tidak pernah harap hari itu akan datang pun. Lagi satu, kita kena sedar di mana kedudukan kita sekarang. Hello, I'm a SBP student. Therefore, I need to maintain my marks and my As supaya orang melihat adanya kelayakan untuk I berada di situ.
Frankly speaking, BS cuma meletakkan target markah yang rendah dan tiada A pun dalam list target peribadi BS meski BS ada kata sebelum ini yang kita kena bagi first impression and maintain kecemerlangan,whatsoever, kan?

Dipendekkan cerita, habis minggu pertama bulan 3. Soalan test yang sukar dan senang telah BS jawab walaupun entah apa-apa terkarang dalam kertas jawapan itu. Tak kisahlah, asalkan tertulis jawapan. Who cares kalau salah? Itu semua belakang kira.

Rumusan bagi tahap kesukaran soalan ujian kali pertama BS
di sebuah SBP adalah seperti berikut:


Subjek:
BM- sebenarnya senang tapi kenapa jawapanku masih juga merapu???
BI- the easiest test kot sebab cikgu kita yang baik hati sudah reveal apa yang masuk
dan lain-lain pun not that hard...
SEJARAH- suck, lain yang baca, lain yang ditanya.
Orang punyalah baca tamadun-tamadun awal..alih-alih yang keluar, makna dan definisi...
PAI- senang dan tidak banyak benda kena fikir, just kena kuat menghafal je...
MATHEMATICS- nak kata senang, salah tapi kalau kata susah pun lagi salah.
So, jawapannya, sederhana kot..
ADDITIONAL MATHEMATICS- rating kesusahan: 6 bintang...:-P
BIOLOGY- qiute easy coz I read and revise Bio gila-gila
CHEM- susah kot..tak berapa nak senanglah
PHYSICS- senang, easy, tapi cuai
PSK(Sivik) [Who cares?]- macam biasa, oleh sebab orang tak berapa nak tumpu pada subjek ini, so the answer would be, boleh pass dengan flying colours...:-)
PJK [Siapa kisah?]- special for PJK, no comment...

And the end of the day, and maybe I'm over-confident and got too excited very fast, inilah hasilnya....
Pssst: even my parents tak tahu lagi pasal produk jawapan pada kertas ujian ini...so, minta tolong rahsiakan......

Rahsia Besar Budak Sekolah
BM- 80 (i'll fight for some marks lagi)
BI- unknown; MS. Shida cakap nak bagi lepas cuti ini...
SEJARAH- 66 (teruk kan?)
PAI- tidak memegang kertas yang bermarkah lagi...Ustad kata INSYA-ALLAH selepas cuti
MATHEMATICS- 68
ADD MATHS- dreamlah; cikgu tak habis tanda lagi..
BIOLOGY- 74
CHM- sucks...tak tulis kat sini, boleh tak???
PHY- 88
SIVIK and PJK- sama nasib dengan BI..belum dapat lagi resultnya..

Konklusinya, BS berdiri di tangga keberapa dalam kelas dan lebih teruk lagi, dalam ranking tingkatan dengan markah sucks begini??? Tak bermaksud anda budak SBP, anda bagus. Anda faham?;). Maybe ada antara anda yang masih lebih outstanding daripada BS walaupun anda berada di sekolah harian. It doesn't matter where you are, asalkan you nak belajar.

BS: menemplak diri sendiri...result yang sebegini buat kita menilai semula kedudukan kita. Apakah kita layak untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka yang sudah tentu kepintaran dan kebijaksanaannya? Some day, I just think and feel that I'm lucky. That's all.

P/S: buat subjek yang tidak dapat lagi keputusannya itu, I just don't want to put a high expectation. Cukuplah jangan fail or D..(pengecualian kepada Add Maths)..

Nantikan liku kehidupan yang seterusnya daripada BS....

Tak Cukupkah 24 Jam?

Oh My God!!!

You just see how long BS menjadi tidak setia dengan ceritera-ceriteranya. Dulu, BS pernah berkata, dia akan cuba update sekerap yang boleh. But, lately, dia tidak mengupdatekan ceritera-ceritera untuk tontonan dan pameran kepada semua Budak Sekolah.

Anyway, I'm just too busy each time I'm home. I ada banyak ceritera yang boleh dikongsi tetapi batasan masa memang tebal melingkari kehidupan BS. Sejak pindah tempat baharu ini, I've really pack with many activities sehinggakan hendak berdamping dengan internet dan check out latest ceritera di laman teman-teman BS seluruh dunia pun, I don't actually have the enough times. However, dulu cikgu BS ada tanya,

Cukup tak masa 24 jam yang
diciptakan oleh Tuhan untuk kita?

Well, to be honest with you all, I raise my hand at the time. Many of my classmate even raise their hand, meaning that 24 hours are just too short and precise for us to run our business and life. Hanya segelintir yang mungkin merasakan hidup sebagai sesuatu yang membosankan dan harus ditamatklan dengan segera tidak mengangkat tangan. No, this is just my negative perception.
And, now I would to ask the same question to all of you, all the Budak Sekolah yang BS sendiri dalam kalangan anda tentu faham bahawa jadual kita semua terlalu pack and diisi dengan pelbagai aktiviti sama ada yang berbentuk ilmiah seperti P&P dalam kelas or aktriviti untuk memenuhi desire and minat kita as seorang remaja-cum-Budak Sekolah seperti going to Sunway every Wednesday. Oh, Please, I'll always avoid Sunway Pyramid each Wednesday...there a lot of my schoolmates that day.
So,berbalik kepada soalan asal, Cukupkah masa 24 jam yang diciptakan oleh Tuhan kepada kita? tepuk dada, tanya jawapan anda...

Dulu, maybe I'll raise my hand if anyboby asking me that. I'm just too tired dengan kegiatan sekolah, kegiatan keluarga, dan lain-lain. Nevertheless, BS tidak tidur dalam kelas..tambahan lagi sekarang, I'm a growing-up person. So, makin bertambahlah tanggungjawab BS terhadap many things. But, kalau anybody sanggup tanya BS soalan yang sama lagi, today, I'll say,

24 hours is actually more than enough for us to run our living. Cuma, oleh sebab terlalu tumpu untuk menyelesaikan sesuatu hal, I find it hard to give some space for miscellaneous activities. Korang faham sendirilah...



Last words from me, Enjoy your holiday and be happy with what you are doing right now. So long.


BS: Ada orang tanya, mana lagi dekat di hati, yang lama atau yang baharu? BS masih tidak faham kenapa BS masih lagi mencintai yang lama lebih daripada yang baharu. Everything need times kan to change....