Not A Hot Stuff

My photo
Still tryin' to adapt to new atmospehere... ...Until now,still luvin' da old'skool
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, November 30, 2009

S.O.S. Dari Artik


Hello Everyone!What do you think of the picture above? Pingu..Pingu..Pingu.. Am I right? Well, dalam ceritera kali ini, BS tertarik untuk menulis mengenai satu isu setelah membaca satu tulisan yang BS kira telah membuka mata dan fikiran BS tentang betapa signal kecemasan yang dinyalakan oleh kutub semakin kuat dan memerlukan perhatian kita untuk membantunya.


Sudahkah anda menonton filem 2012, We were Warned? I'm sure ramai yang sudah menonton filem hollywood pecah panggung ini. Dalam filem ini, bayangkan bumi ini sebuah robot bulat yang sedang berkata, "Self descruction mode activated," Bumi sedang menghancurkan dirinya sendiri!Air bawah tanah di seluruh dunia sedang menggelegak dek netrino( if I'm not mistaken), satu radiasi merbahaya daripada matahari yang selama ini telah memanaskan kita dan memastikan kita sentiasa bernafas di dunia ini. Bagaimana manusia menyelamatkan diri daripada kemusnahan dashyat dan sikap pentingkan diri segelintir manusia yang kita beri kepercayaan untuk mentadbir. Well, kata Ustazah Hafizah Abd. Samad,M.A.( UM), " Let's we see how is the imagination of the filmmaker from outside about The End of The World," Now we see it...



Memetik fakta-fakta yang dihamburkan oleh Siti Athirah Dzulkifly dalam her article, Artik Beri Isyarat Kecemasan( Utusan Malaysia, Rabu, 25 November 2009), glob yang kita diami sekian lama sedang menderita dan mungkin tanpa prakarsa kita, penguin-penguin yang sedang duduk relax atas aisberg y7ang tidak pernah memikirkan kerja sekolahnya akan pupus. I'm talking the truth betapa imaginasi pembikin filem itu bukanlah satu bayangan sahaja tetapi realiti pada dasarnya..... scroll down for more latest facts...








Fakta pertama....Ekspedisi ke Artik selama 73 hari yang diketuai pengembara veteran bernama Pen Hadow bersama-sama dua rakannya dari Britain, Martin Hartley dan Ann Daniels meramalkan, kemungkinan besar kutub utara tidak lagi akan dilitupi ais dalam tempoh satu dekad.(10 tahun)



Fakta kedua....Ketua kumpulan Fizik Lautan Kutub, Universiti Cambridge, United Kingdom (UK), Profesor Peter Wadhams, berdasarkan hasil pemantauan dan ukuran yang dijalankan,
''Purata ketebalan 2 meter menyamai ais di Artik yang dibentuk dalam satu tahun, dan ia terdedah kepada risiko kecairan pada musim panas. Tetapi, apa yang membimbangkan ialah ais yang terbentuk lebih daripada satu tahun lalu kini didapati menipis dengan kadar yang cepat.(bukan satu keadaan yang digemari oleh polar bear and penguin) Mereka mungkin berkata," Kenapa lantai ais ini semakin rapuh?,"

''Ia sekali gus menunjukkan satu contoh konkrit berhubung fenomena perubahan global,jelas sekali menunjukkan Artik kini diancam bahaya.

''Kawasan itu(kawasan Artik yang meliputi bahagian-bahagian Kanada, Greenland, Rusia, Iceland, Norway, Sweden, dan Finland) semakin menjadi laut lepas setiap kali musim panas tiba, tidak mustahil lambat laun ais di laut akan hilang sepenuhnya,"




Fakta ketiga.....Catatan suhu udara di Lautan Artik telah mencapai sehingga 4 darjah celsius(well, bagi kita suhu itu cukup sejuk..entah berapa lapis baju kita kena pakai tapi sekarang kita membicarakan mengenai Artik, it's very normal to have normal temperature under the freezing point) di atas paras normal antara Oktober hingga Disember 2008 sekali gus menimbulkan tanda tanya yang besar dalam kalangan para penyelidik yang menyifatkan hal ini sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.






Fakta keempat....Jumlah sebenar litupan ais telah semakin menipis dalam masa kurang dari satu tahun. Pada tahun 2008, kehilangan ais di Artik mencatatkan peratusan di angka sembilan, satu penurunan mendadak berbanding pada tahun 2007 (21 peratus), yang dikatakan tahun di mana Artik mencair paling drastik. Para pengkaji mendapati ais 'tua' yang terdapat di Artik hanya tinggal 19 peratus sahaja berbanding pada tahun antara 1981 hingga 2000( 52 %) sebelum ketebalan ais semakin mengecil kepada 0.68 meter antara tahun 2004 hingga 2008. Bayangkanlah keadaan ini untuk beberapa tahun akan datang sahaja...







Fakta keempat.....Menurut hasil penelitian Ahli Ekologi Ekosistem, Institut Kajian Penggunaan Daratan Macaulay, United Kingdom (UK), Dr.Martin Sommerkorn, isu kecairan ais di Artik jika tidak ditangani segera akan mengakibatkan separuh daripada populasi dunia terjejas, selain berlakunya peningkatan pengeluaran gas rumah hijau termasuk perubahan cuaca keterlaluan secara global. Hal ini demikian kerana Lautan Artik merupakan posisi utama dalam sistem iklim bumi dan sama ada sedar atau tidak, bongkah-bongkah ais yang semakin mencair kini turut memberi respons negatif kepada iklim bumi dan kesannya adalah jauh lebih daripada terhadap Artik semata-mata.









Fakta kelima.....Penasihat Kanan Perubahan Iklim Tabung Hidupan Liar (WWF) , Dr. Sommerkorn berkata, statistik akhir berhubung litupan ais paling minimum di Artik berkemungkinan hanya tinggal 4.13 juta kilometer persegi berbanding tahun lepas.

"Selain Artik, dilema yang sama turut sedang membelenggu benua Antartika di mana satu laporan oleh Jawatankuasa Saintifik Penyelidikan Antartika (SCAR) AS menunjukkan bahawa ais di kawasan itu semakin berkurangan sehingga 27,000 kilometer per segi sejak direkodkan 50 tahun lalu," katanya.






Terkejut? Mari lihat pula kesan aktiviti yang giat di Artik itu kepada manusia...

Impak, Implikasi, Kesan kepada kita, penghuni planet Bumi....Berdasarkan beberapa kajian yang dijalankan oleh pakar di seluruh dunia, jika ais di kedua-dua kutub ini cair sepenuhnya dalam tempoh yang diramalkan akan menyebabkan paras air laut meningkat melebihi 68 meter dan mampu menenggelamkan kira-kira 13 juta kilometer persegi daratan yang sedia ada.

Hal ini belum berlaku tatkala BS menulis ceritera ini. Tetapi jika hal ini sudah menjadi satu realiti bukan mimpi ngeri, dunia terpaksa mengucapkan 'selamat tinggal', Hi Hi Bye Bye kepada negara-negara terjejas seperti Bangladesh, utara Eropah, sebahagian Siberia, Amazon, tanah besar China termasuk sebahagian kawasan daratan di tenggara AS sambil ternganga kaget apabila bumi yang sedang tenggelam. Apakah kita sanggup melihat ramalan ini menjadi nyata di Google Map? Tepuk dada tanya selera.







S.O.S. dari Artik sudah dipasang. Kini, hanya menuggu bantuan tiba daripada sesiapa yang bisa menghulurkan tangan menyelamatkannya. Sanggupkah kita melihat penguin putih jantan yang sedang mengeram telur hilang entah ke mana, Bunyian-bunyian unggas yang lelap, polar bear yang sudah tidak punya tempat berhibernasi? Tentunya kita tidak mahu 'dunia putih' ini terus lenyap dan menjadi sejarah buat setiap hidupan di planet biru ini. Renug-renungkanlah.....adakah air bawah tanah yang akan menggelegak atau air atas tanah yang akan memusnahkan kita?

Wednesday, November 25, 2009

Sedikit Dedikasi buat Mereka...

Sorry to all my readers here coz it is quite a long time I don't update new ceritera here. I'm sick and having a little fever and flu. Tulah, main hujan je..Anyway, how are you all? I bet you all mesti berada dalam keadaan sihat sejahtera di sampihng keluarga tercinta..cewwah! macam menulis surat kiriman tak rasmi pula.

Okey, back to my story, BS wanna dedicate this special section to Seall my Form Five of SMKS 18 yang BS kira sedang berusaha sedaya-upaya memenuhkan jawapan di atas kertas jawapan. To, abang-abang Aspura, A. Khaliesh, A. Alfie, A. Syed Hakim, A. Hanif, dan lain-lain yang namanya tidak disebut dalam dedikasi ini, kepada akak-akak Aspuri yang BS kenali sedari tingkatan satu lagi, K. Farahin dengan syarahannya, K. Khadijah, K. Ainul, K. Shuhaida yang meninggalkan Aspuri time 2008, dan lain-lain yang tidak disenaraikan di sini, dan kepada akak PSS SMKS 18, Pengerusi, K. Fara D, K. Izzah, K. Maizatul Hida, K. Qamaliah, dan lain-lain juga, BS punya sedikit bingkisan madah yang ingin dikongsikan. Opps, lupa pula kepada Syazni Hilmi(betul tak ejaan ni?), KP Sekolah tahun 2008 yang mana BS tuliskan untuknya teks ucapan Hari Guru, dan beberapa majlis sekolah yang lain.



First of all, BS nak wish GOOD LUCK from the deepest part of my heart and moga-moga dipermudah untuk menjawab soalan-soalan SPM atau sekali BS pernah mendengar, Sijil Paling Merbahaya buat seseorang murid yang berada dalam sistem pendidikan di negara ini. Yang tidak dapat mana-mana orang menolak, peperiksaan awam inilah penentu dan peta kepada masa hadapan kita sama ada indah, seperti yang diharapkan, atau sebaliknya. Bagi BS, this is the last pitt stop dalam journey seorang budak sekolah yang menghabiskan about 11 years di alma mater kita.

Tanpa perlu mengarut panjang, iznkan BS menyambung, I would like to wish, moga-moga tidak menhadapi penyakit yang paling ditakuti oleh mana-mana calon atau hatta mana-mana manusia pun, yang lebih kritikal daripada kanser, diabetes,atau penyakit jantung, i.e., MENTAL BLOCK!!! Bukan mental disorder.BS ada satu ceritera yang cukup best for most of us, maybe and lebih utama to myself...please read this story..




Well, BS menghadapi satu peperiksaan yang ramai daripada budak sekolah di sini kira amat besar dan memberi pengaruh yang dominan dalam kalender dan perjalanan hidup mereka. Seperti yang BS beritahu tadi, PMR atau nama lainnya, Penilaian untuk murid Menengah Rendah sahaja adalah pitt stop kedua selepas UPSR. I don't know tapi success in UPSR had changed my life totally and made me realise in a lot of things. So, kantoi, you all semua dah tahu pasal my age. Anyway, first day PMR, paper BM yang bagi kebanyakan orang bagai kacang pis je..Penyakit yang paling merbahaya di dunia ketika itu yang sebenarnay lebih merbahaya daripada H1N1 ataupun Taun iaitu Perkenalkan, MENTAL BLOCK semasa Bahasa Melayu kertas 2 datang ke meja BS. Well, selama ini BS fikir BM2 sudah menjadi makanan BS dan pemangkin untuk BS menjadi penerima Anugerah Matapelajaran Terbaik BM, BI, dan Sains semasa Trial PMR yang lalu. So, you all tahu how's that feel. I'm so panic coz penyakit ini sampai time I baru hendak menulis karangan respons terbuka yang membawa 40 MARKAH! I think I did quite bad during that paper and what can I do now selain berharap mendapat A dalam kertas ini. I learned one thing, Jangan Panic and stay calm. Yang berlalu takkan berulang. Whatever!!!
the end.................


Back again, BS doakan kejayaan kalian dan kesihatan dalam usaha menjawab kertas SPM ini serta dijauhkan daripada mental block. Stay focus and don't panic. Sebelum jauh kapal berlayar, I wanna give one thing lagi. Minta maaf jika ada melakukan kesalahan dan kesilapan dan jangan lupakan diri ini.

Redah je.. coz you've put all of your effort to this thing.


P/S: Maybe ada antara anda yang fikir it is too late to give any dedications. But, inilah teks ucapan BS time kita meminta maaf di surau hari itu. I just not given the chance to speak out. So, this is it.
Wait for my Carta Gedik 2009 yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Thursday, November 19, 2009

Analisis Ringkas Kepimpinan Pelajar 2009( Part 2)


Harus diingat mana yang lupa, harus dijaga mana yang lena, harus ditegur mana yang alpa...




Izinkan BS menyambung lagi analisis terhadap Kepimpinan Pelajar tahun 2009. BS telah menerima banyak koman positif daripada ramai pembaca BS terhadap Analisis Budak Sekolah part 1 hari itu. Rentetan itu, BS berasa perlunya lebih banyak kedangkalan dan masalah yang berlaku daripada kaca mata pelbagai pihak perlu didedahkan untuk kita mengambil pengajaran daripada coretan-coretan ini.




Setelah BS gali dan kaji bak skuad Melodi yang dok sibuk dengan kisah cerai-berai artis kita dan laksana pakar Astronomi dan Astrofizik yang tanpa jemu mendongak langit mencari planet baharu buat umat manusia, dan seperti doktor bedah dalam bilik bedah yang mengali mencari tumor kanser yang seperti semua tahu membunuh...itulah gamaknya BS menggali agar penemuan ini membuka mata dan tak lupa minda kita yang membaca.



Puas mencari, BS berasa Badan Kepimpinan Pelajar seharusnya mendengar kata-kata dan pendapat kami, golongan yang dipimpin. BS tidak melihat hal itu sebagai satu masalah besar buat mana-mana leaders dalam dunia ini. Memetik kata-kata Perdana Menteri sendiri,Dato' Seri Najib Razak, " Zaman kerajaan mengetahui segalanya telah berakhir," BS tahu it's hard untuk memuaskan hati semua orang tapi tak salahkan kalau kita mencuba agar ukhwah itu terjalin didasarkan rasa respect yang mendalam kepada mereka. Whatever!!Malas nak komen...



Masalah yang dilihat semakin kronik: Secara jujur BS kira, masalah disiplin( dengan izin menggunakan perkataan itu) seperti bangun lewat, dll( sekadar menyebut beberapa) hanya bisa dikurangkan sekurang-kurangnya jika kita tidak berupaya mengekang seratus peratus, mereka tidak melakukan masalah yang sama. Fikir-fikirkanlah. Mereka membentangkan segala kesalahan kami tetapi mereka terlupa bahawa mereka juga melakukan masalah yang sama. Hello! Masakan ketam mengajar anaknya berjalan lurus, itulah kata peribahasa Melayu dan banyak kali BS mendengar ramai yang complaint tentang hal ini. I'm just writing it back.



Satu fakta yang menarik juga untuk diberi perhatian ialah Ketua Pengawas dalam kalangan Form Four pada dua tahun berturut-turut bukan terdiri dalam kalangan murid asrama. Jawatan itu sudah tentu dipegang oleh 'budak luar'. Dua tahun berturut-turut semenjak pemergian A. Paan. Buka Mata. Fikir-fikirkanlah tentang kepentingan jawatan itu kepada institusi asrama kita. I don't wanna write about that here. Apakah next year akan berlaku perkara yang serupa? Leave your comment here...


Selain itu, setelah BS menyelongkar daripada perkara-perkara yang berlaku, BS mendapati ada kekurangan dalam aktiviti Cerdas Cergas di asrama. Sila beri perhatian terutama bakal AJK dan barisan kepimpinan pelajar next year. Satu cadangan ikhlas daripada seorang Budak Sekolah di sini adalah: I think for next year, semua aktiviti harus diseragamkan dengan Aspuri dan menambah aktiviti baharu yang punya kepentingan di sekolah seperti Pertandingan Debat antara Dorm untuk mencari pelapis dan fresh talent dalam kalangan budak asrama. Am I right? Is this among the objective?i.e. to find new talent to represent school? If tht so, I see it reached its objective for a few only!


Notice of Disclaim


Segala yang ditulis dalam laporan ini adalah seratus peratus pandangan, pendapat, pemikiran, fiktif, dan langkah atau cadangan ini adalah pendapat Budak Sekolah semata-mata dengan mengambil kira pandangan ramai teman lain di asrama sepanjang tahun 2009. Daripada perbincangan tidak rasmi, komen, kritik, dsb budak-budak asrama yang lain.



KONKLUSI


Well, pada tahun ini, kita diperlihat dengan pelbagai masalah dan isu yang melanda di asrama kita yang tercinta ini. Tugas kita sebenarnya bukan sekadar mengkritik dan mengutuk kelemahan atau kedangkalan mereka tetapi perlu memberi idea dan mencari prakarsa yang proaktif bagi mengangkat kembali kegemilangan asrama SMK Seksyen 18. Pada fikiran BS, tugas ini tidak lain tidak bukan perlu diletakkan di pundak barisan kepimpinan pelajar asrama 2010. Namun itu, tidak kisahlah apa yang berlaku, kita harus memandang ke hadapan dan berusaha untuk memajukan diri kita sendiri.


Harapan seorang Budak Sekolah: Mereka yang bakal menerajui asrama ini, iaitu rakan-rakan BS di tingkatan tiga terutama mereka yang membaca analisis ini untuk membuka mata dan minda dan seterusnya membuat anjakan paradigma dan minda dengan merancang aktiviti yang tidak membosankan dan rasional dalam tindakan mereka. Mudah-mudahan tiada yang mengkritik di malam hari sebaliknya hanya memuji usaha yang anda lakukan.



Analisis Kepimpinan Pelajar 2009 tamat di sini.



Some related Q:


"Dunia akan dipimpin oleh orang berotak kanan tetapi akan dirampas oleh orang berotak kiri," Unknown.


"Bekerja bersama saya, bukan bekerja untuk saya," Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri, 2003.


"Saya tidak akan mengubah sesuatu yang baik," Pn. Rubiah binti Said, Pengetua Cemerlang DG 52, SMK Seksyen 18, Shah Alam, 2009.


"Seorang pemimpin yang baik adalah dia selalu mendengar apabila tiada orang lain yang mahu mendengar," Unknown.


Fikir-Fikirkanlah..............




CARTA GEDIK ( Part 2)

Well, just like what I'm already promised, today, I would to annouce the winner for Carta Gedik Budak Sekolah 2009 Kategori Perempuan Jelita Ayu 2009. I just don't have any better word to decsribe this award.
So, setelah Panel Hakim kami bermesyuarat, berbincang, dan berdebat secara ilmiah dan setelah mengambil kira segala aspek yang difikirkan perlu daripada segi taktikal, teknikal, dan lain-lain, Panel yang dianggotai oleh 3 orang hakim yang pakar dalam aspek penjurian telah membuat keputusan berikut:


Tanpa membuang masa, izinkan BS mengumumkan para pemenang bagi kategori Perempuan Jelita Ayu 2009:


1- Farhana Rozahan

2- Ain Najihah

3- Afnizah Zakariah


Well, for the saguhati, we have,


4- Athirah Khairuddin

5- Fatin Amalina( kelas Umar)

6- Anis Amira

7- Siti Maisarah





Well, kalau diperhatikan daripada senarai ini, apa yang akan perasan adalah semua pemenang terdiri daripada tingkatan tiga. This year, panel hakim telah membuat keputusan untuk memilih atau menskopkan calon dalam kalangan budak tingkatan tiga sahaja. Well, the judges just doesn't have a lot of times to identify all the girls coz we have about 600 perempuan dalam sekolah termasuk budak asrama. So, sorry for that and maybe next year, kami akan mengeluarkan carta yang lebih holistik, lomprehensif, dan autentik lagi.

Chief Judge said to me," Farhana although have some weaknesess esspecilly in pictures but she do have a very clear Malay natural beauty or keayuan they called in Malay,"
So, what do you think? Is this cart fulfills your criterias?

Next, I would like to call Farhana Rozahan to give her winning speech......



P/S: I can't upload the pics becoz of some problems. Nantikan Kategori Carta Gedik 2009 yang lain pula. See you soon.

Saturday, November 14, 2009

CARTA GEDIK 2009 (Part 1)

Seperti yang dijanjikan, tahun ini BS akan mengumumkan para pemenang untuk Carta Gedik Budak Sekolah 2009. For this part, BS telah bersetuju untuk mengumumkan pemenang bagi kategori Jejaka Tampan 2009. Malangnya, setelah juri bermesyuarat, kami telah membuat keputusan untuk hanya menilai para jejaka yang tinggal di Aspura sahaja. Bukan apa, for your informations, it is hard to look and seek ketampanan hampir lebih kurang 500 murid lelaki di SMK Seksyen 18, Shah Alam. So, we made it easier to choose the candidates from hostel.







O.k, tanpa membuang masa, let me annouce Anugerah Jejaka Tampan 2009.



Para hakim setelah bermesyuarat, berbincang, dan berdebat secara ilmiah dan setelah mengambil kira segala aspek dalam penghakiman kami, kami telah bersepakat bahawa Top 10 Jejaka Tampan 2009 adalah seperti berikut:







1- M. Imran Azim( F3)







2-M. Izhar (F1)







3- Farid Farhan (F3)







And for saguhati winner, we have,







4-M. Faiz Noordin (F2)



5- M. Zhafir Khalid (F3)



6- Fakhrul Alfie (F5)



7- M. Faredzuan Tauhir (F3)



8- M. Fahmi Rosdi (F3)



9- M. Syed Hakim ( F5) Add Image



LASTly, 10- M. Amir Asyraf ( F2)







What do you think of our judges' choice? BS berjanji dalam ceritera yang akan datang, BS akan mengumumkan pemenang untuk kategori lain pula. For the winner pictures, BS akan upload tak lama lagi. So, just keep waiting and continue reading my ceritera. Our panel of jury tried their best to fit all the criterias. Although the winner doesn't have all what it takes to become Jejaka Tampan 2009, he is undeniable fotogenik and unique. "He do have a good first impression," kata Chief Judge.



SO. I Would like to call M. Imran Azim to give his speech...IMRAN AZIM, THE ELIGIBLE (betul ke ejaan ni?)BACHELOR-OF-THE-YEAR.

Dari Mata Turun ke Hati...

Love...something yang sangat indah tatkala perasaan ini datang hinggap kepada kita biarpun untuk seketika. Tetapi dalam ceritera kali ini, BS lebih berminat untuk menulis perihal cinta dalam kalangan remaja atau apa yang kita panggil, 'puppy love. Yes, we all know that this issue is a very dominan issue between teenange schoolboys and girls nowdays. How could I know? I kan seorang budak sekolah and remaja like many of you. Am I right?

Isu ini bagi kebanyakkan kita maybe dah basi dan tidak layak untuk diulas lagi. Tetapi, hari ini BS nak menyingkap dan menyoroti perjalanan yang BS lalui sepenjang melangkah ke sekolah menengah..

Since my first year, I was exposed to this kind of love. Memang bukan BS yang bewrcinta namun ramai rakan sekelas BS yang dilaporkan bercinta dan digosipkan bercinta. Apa you all fikir budak sekolah tiada gosip, artis je yang kena gosip? Tak delah. Entahlah, I've nothing to comment on that. Dan I read about cerpen, puisi, dan apa-apa tulisan remaja dalam majalah, and even tidak terkecuali majalah sekolah, Cita atau Cinta, mana satu harus dikejar dahulu? Arrgh, boring,semua tahu jawapannya, cita-cita kerana tanpa cita-cita, siapa kita di hari esok. Just for selingan. But, What do you think?Apakalh benar cinta mengatasi cita or adakah itu retorik semata? BS fikir yang hidup tanpa cinta ketika remaja ini lebih baik coz I do believe that cita-cita harus digapai dahulu. Mengapa? Kita perlukan wang dan harta untuk survival kita. Tanpa kerjaya yang kukuh, stabil, dan utuh pada masa hadapan, kita takkan dapat hidup selesa memperlihatkan kos sara yang meningkatdengan drastik dan dramatik belakangan ini. Hanya pelajaran can do that.

But, melihat daripada satu sudut lagi, cinta lebih penting coz thru love, kita dapat hidup bahagia. And even ada yang kata, kita akan mendapat kehidupan yang sempurna. But in a long run, duit itu yang memacu and very vital kepada kebahagiaan. Believe it. It has proven by many evidences. Walau bagaimanapun, kita tidak menolak adanya pasangan yang bahagia meski nisbahnya terlalu kecil pada pandangan BS.



OOPps! I think kita dah tersasar jauh ini. Let's back to our topic. BS fikir puppy love or cinta monyet ini berasal daripada pandangan pertama yang sememangnya membenarkan kata-kata, Dari mata turun ke hati.. Inilah asal-usul cinta monyet yang ditambah pula dengan rasa untuk bercinta dan menyintai. No one can deny that. BS percaya bahawa cinta itu tidak boleh meresap or diffuse ke dalam hati seseorang melainkan dia membenarkan perasaan itu untuk meresap. Dari aspek sains, pakar percaya bahawa rembesan hormon testoron pada waktu remaja menyebabkan lelaki akan mula meminati seseorang yang berlainan jantina. Begitu juga buat kaum Hawa. Mereka juga tidak terkecuali.



Jika soroti aspek penjelasan sains, kita dapat simpulkan yang hormon menjadi culprit dalam isu ini biarpun hormon bukanlah the only culprit pada fikiran BS semata-mata. There are many factor that trigger thos issue. Am I right?

Fikir-fikirkanlah sendiri. AndA, BS rasa lebih expert and berpengetahuan dalam masalah ini.





Well, sebelum menutup ceritera ringkas BS kali ini, BS ingin kongsi satu tips yang sudah terbukti mujarabnya for mereka yang selalu merasakan diri mereka tersisih dan dibiarkan oleh orang sekeliling. Yang pasti, CAPUB-Cari publisiti murahan tidak akan berjaya..

Apa-apa hal dalam dunia persahabatan, first impression adalah keynya. kita harus mempamerkan prasangka yang baik kepada semua orang. Sebelum memulakan persahabatan dengan seseorang, kita harus berkawan dengan semua orang terlebih dahulu, kemudian, bersahabatlah dengan orang di sekelilingnya and lastly, bersahabatlah dengan kawan baiknya. Setelah itu, barulah kita berkawan dengan orang itu.

Some Q:
" Aku tak mahu mencari perempuan biar dorang cari aku," Mr. Imran Azim, 2007
" Tak kisahlah macam mana rupa bentuk fizikal kau, tentu ada seorang perempuan diciptakan untuk kau," Aqilah Abd. Rahman, 2007
" Awek ini dapat menjadi sumber inspirasi kita untuk berjaya dalam pelajaran, itulah kepentingan adanya awek," Zamir 'Bob', 2008
" Cinta tak mengajar kita kelemahan tetapi menunjukkan kita kekuatan," Prof. Hamka

That's all for now. Terima kasih kerana melawat ceritera ini. Tunggu isu-isu yang lebih hot dalam post yang akan datang. Have a GOOD DAY.