Not A Hot Stuff

My photo
Still tryin' to adapt to new atmospehere... ...Until now,still luvin' da old'skool
Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, April 17, 2010

Susulan Membunuh Diri? Suicide?

Halo, guys!!!
Tadi BS luangkan masa sekejap menonton rancangan Majalah 3 yang bercerita pasal anggota bomba yang bertugas dalam High-rise Unit. And, kebetulannya, BS baru menulis mengenai suicide petang tadi and alih-alih, cerita membunuh diri ke udara. Well, lebih banyak fakta ad statistik yang lebih mengejutkan BS ketemu. Later, BS kongsikan.

Susulan daripada ceritera Membunuh Diri? Suicide?....
BS search the net and found this article. Yes, I do agree. Makalah ini membincangkan isu membunuh diri dalam kalangan remaja dan dewasa tetapi melihat isu ini daripada satu perspektif yang cukup berbeza.

PLEASE READ THIS ARTICLE...and DON'T FORGET TO DROP your COMMENT...



Jangan Pernah Merasa Sendirian
Percayalah Suatu Hari Kau akan bertemu Cinta yang Kau Cari

Dalam kehidupan normal, masa remaja adalah masa yang sulit untuk dilalui. Tapi jika sejak remaja kau sudah merasa bahwa kau gay/lesbian/transeksual, masa itu akan berpuluh-puluh kali lebih sukar dan payah. Kesendirian dan ketakutan yang dialami remaja homoseksual sering menyebabkan timbulnya kemurungan yang berlebihan. Kadang-kadang bunuh diri dilakukan untuk mengelak agar orang-orang mengetahui hakikat dia homoseksual. Selain itu desakan pergaulan atau peer pressure, tekanan ibu bapa, atau akibat coming out yang terlalu dini di usia muda bisa menyebabkan remaja homoseksual mengambil tindakan nekad.

Dunia remaja tidaklah seindah novel-novel teenlit atau semanis lolipop. Ramai daripada kita yang sudah melewati masa remaja pasti mengakuinya. Memasuki masa remaja, biasanya gay/lesbian/transeksual menyedari bahawa diri mereka berbeza daripada teman-temannya kerana mereka tertarik pada sesama jenis.
Perbezaan bukanlah sesuatu yang disukai oleh remaja, maka bisa kita lihat bagaimana remaja sentiasa berusaha untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu. Saat kita berbeza, kita jadi makhluk freak, nerd, atau si homo. Saat kita berbeza, kita akan jadi sasaran mereka yang majoriti. Hal ini diburukkan lagi jika kita berasal dari keluarga yang kurang harmonis, di mana keluarga tidak mampu menjadi pilar tempat kita bersandar. Meskipun keluarga harmonis juga tidak menjamin 100% anak tidak melakukan bunuh diri.




Bayangkan betapa takutnya diri kita saat mengetahuinya. Kita tentu tidak mahu dipanggil si homo, banci, lesbi, bencong, lines, atau apalah sebutan lainnya selama di sekolah, kan? Atau bahkan kau dipukul di sekolah setiap hari kerana alasan bahawa kita “beza”. Rasa takut dan bingung itu membuat banyak remaja seakan-akan merasa berada dalam lubang hitam tergelap dalam hidupnya. Saya sendiri pernah mengalaminya. Satu kali. Berfikir untuk mengakhiri hidup agar orang tidak perlu tahu bahawa saya lesbian. Dan kini tiap hari saya bersyukur niat itu hanya sebatas niatan dan saya tidak jadi melakukannya. Hidup terlalu berharga untuk disia-siakan seperti itu.

Bunuh diri sering dianggap sebagai cara mudah untuk menyelesaikan masalah.


Apalagi setelah remaja berfikir masih dengan amygdala, sehingga segala keputusan biasanya dilakukan atas dasar emosi bukannya nalar. Alexander Stevens, Asst. Professor di Oregon Health and Science University, menjelaskan bahwa otak remaja adalah “pekerjaan yang belum selesai.” kajian terbaru menyatakan jaringan saraf di otak bahagian depan yang diperlukan untuk membuat keputusan, menyelesaikan masalah, dan berfikir secara logik dan nalar baru akan selesai terbentuk pada usia 20 tahun.

Akibatnya remaja sering mengambil keputusan berdasarkan emosi sesaat tanpa difikirkan akibatnya kemudian. Tapi ini juga yang menyebabkan cinta yang dialami oleh remaja terasa begitu indah kerana emosi mereka membanjir mengalir deras dalam otak mereka.

Banyak remaja GLBT yang jadi sasaran seksaan fizikal dan verbal. Dan bullying terus-menerus ini bisa mendorong bunuh diri. Sumber: http://www.suicide.org/gay-and-lesbian-suicide.html




Proses penerimaan diri seseorang menyedari bahawa mereka gay/lesbian/transeksual adalah proses yang panjang berliku dan menyakitkan. Semakin muda seseorang menyedari orientasi seksualnya, semakin banyak kebingungan dan kesulitan yang mereka hadapi yang bisa mendorong risiko terjadinya fikiran atau tindakan bunuh diri. Biasanya mereka yang bunuh diri adalah mereka yang secara luaran tampak “berbeza”. Transeksual yang tidak tahan harus menjadi orang yang bukan dirinya juga banyak yang berfikir untuk mengakhiri hidup mereka. Banyak lesbian/gay yang setelah melewati usia 20 tahun akhirnya memutuskan untuk kompromi, terutama terhadap keluarga dan juga melakukan adaptasi sosial.

Menurut statistik di Amerika Syarikat tahun 2001 dari http://www.suicide.org/, remaja usia 15-24 meninggal akibat bunuh diri setiap 2 jam 12 menit. Dan lebih kurang 30%-nya adalah remaja gay/lesbian/transeksual. Menurut data statistik dari http://www.lambda.org/youth_suicide.htm, 35% gay dan 38% lesbian pernah serius berfikir untuk bunuh diri.


Di Indonesia sendiri menurut majalah Tempo dalam terbitan Maret 2007, tidak ada data pasti tentang statistik bunuh diri di Indonesia. Dan sayangnya, di Indonesia kepedulian terhadap tingkat bunuh diri ini sangat rendah. Hampir tidak ada rujukan pencegahan bunuh diri atau hotline untuk remaja yang bisa ditemukan untuk menangani hal ini. Padahal support group amat diperlukan dalam hal ini.

Masalah bunuh diri ini bukanlah kerana “perbezaan” orientasi seksual, tapi lebih kepada cara memandang hidup. Tidak ada seorang remaja pun, homoseksual atau hetero, yang seharusnya berfikir untuk melakukan bunuh diri. Percayalah suatu hari kau akan menemukan cinta yang kau cari. Ingatlah bahwa kau tidak sendirian. Dirimu terlalu berharga. Bunuh diri bukanlah jawapan. Carilah bantuan.

Sumber: http://rahasiabulan.blogspot.com/search/label/gay
Edited by: NIBI

Well, buatlah rumusan sendiri daripada pembacaan anda sebentar tadi. Apa yang menarik perhatian BS adalah pendapat Profesor Madya Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, Alexander Stevens, otak remaja merupakan 'satu pekerjaan yang belum selesai'.

Kepada remaja yang sentiasa berasa untuk menjadi sebahagian statistik bunuh diri, re-consider and ingat Tuhan. Ingat hukumnya. Dapatkan seseorang yang anda percayai untuk berkongsi rasa dan bertukar selera. Suicide bukan jalan keluar, ini hanya menambah masalah.



BS: take a deep breath and life's should be enjoyed and no one should sufffers from it.

So long!!

No comments:

Post a Comment