Assalamuaikum dan Salam 1Malaysia!!!
Bagi peminat setia Ceritera BS, rasanya anda akan perasaan satu benda. (Thanks).
Belakangan ini, or maybe sejak permulaan tahun 2010 ini, BS tidak banyak menarik perhatian anda kepada isu-isu terkini, terhangat, dan meletup yang sedang melanda dunia kita.
Well, kali ini izinkan BS berbicara tentang satu topik yang sangat ekstravaganza OR mungkin sudah basi seperti kuah roti canai pagi semalam, terutama buat BS, anda, dan teman-teman kita di seantero pelosok alam. BS mulakan ceritera ini dengan satu soalan,
PERNAHKAH ANDA TERFIKIR UNTUK MEMBUNUH DIRI?
I believe that the answer here is YES, OF COURSE, KINDDA OF, ADALAH, YA, dan sebagainya yang indicates that you all positif untuk mencabut nyawa sendiri. Bak kata pepatah orang putih, ONLY TIMES WILL TELL, right?
Anyway, bunuh diri ialah perbuatan untuk menamatkan hayat atau perbuatan memusnahkan diri, biasanya kerana enggan berhadapan dengan sesuatu perkara yang dianggap tidak dapat ditangani. Kejadian membunuh diri ini lazimnya berlaku kepada mereka yang menghadapi tekanan sama ada dari segi mental atau fizikal. Mereka ini akan bertindak di luar pemikiran akal yang waras.
seperti masalah dalam keluarga, putus cinta, dan sebagainya.
Kaedah-Kaedah Bunuh Diri
gantung leher
peracunan dan dos berlebihan
trauma kekerasan (umpamanya, lompat dari bangunan atau jambatan, atau melangkah ke hadapan kereta api)
pengeksanguinatan atau pelepasan darah (menoreh pergelangan tangan atau kerongkong), pengorbanan diri
kejutan elektrik
perlanggaran kereta
kebuluran sengaja
Menurut statistik rasmi,
lebih kurang sejuta orang membunuh diri pada setiap tahun, iaitu lebih daripada bilangan mereka yang dibunuh serta juga bilangan yang dikorbankan dalam peperangan.
Pada tahun 2001, kes membunuh diri di USA melebihi homisid dengan 3 mangsa berbalas 2, dan melebihi kematian akibat AIDS dengan 2 mangsa berbalas 1.
Perdebatan tentang bunuh diri
Rencana utama: Pandangan falsafah tentang bunuh diri
Sesetengah orang melihat bunuh diri sebagai suatu pilihan peribadi yang sah dan sebagai salah satu hak asasi manusia (dalam bahasa percakapan, dikenali sebagai gerakan hak untuk mati), dan mempertahankan bahawa tiada orang yang harus dipaksa untuk menderita bertentangan dengan kehendaknya.
Penyokong-penyokong pandangan ini menolak kepercayaan bahawa bunuh diri selalu tidak rasional dan sebaliknya, memperdebatkan bahawa ia adalah jalan keluar yang sah, walaupun mendadak, untuk mereka yang mengalami sakit yang teruk atau trauma.
Sebahagian kumpulan tersebut yang lebih kecil menganggap bahawa bunuh diri ialah hak peribadi yang tidak boleh dipersoalkan bagi sesiapa (termasuk juga orang-orang muda dan sihat) yang mempercayai bahawa dia telah mencapai keputusannya dengan rasional dan dengan hati nurani. Antara penyokong-penyokong terkenal aliran fikiran ini ialah Arthur Schopenhauer, ahli falsafah pesimis Jerman.
Bagaimanapun, para pengkritik memperdebatkan bahawa dorongan untuk membunuh diri adalah hasil yang diwujudkan oleh penyakit mental dan oleh itu, tidak merupakan suatu perbuatan kepentingan diri yang rasional. Disebabkan oleh keseriusan dan ketakbolehbalikan keputusan untuk membunuh diri, adalah lebih cermat bagi masyarakat bersikap terlalu belas ihsan untuk memperlindungi orang-orang yang hendak membunuh diri.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunuh_diri
Well, itu adalah deskripsi ilmiah tentang bunuh diri secara general yang dipetik dalam artikel Wiki. Oleh itu, BS cuba untuk mencari statistik di Malaysia pula. Kalau anda masih membaca hingga ke tahap ini, terima kasih dan ada kebarangkalian yang anda sedang menimbang untuk tidak membunuh diri dan membunuh diri sebenarnya. Teruskan membaca.
Dr. Muhsin, seorang pakar psikiatri Pusat Perubatan Universiti Universiti Malaya(PPUM),
usia 15-44 ialah usia yang kritikal untuk membunuh diri. WHO menganggarkan bahawa lebih daripada sejuta orang sudah membunuh diri sejak 10 tahun pertama abad ini.
Jumlah itu bersamaan dengan satu kematian untuk setiap 40 saat dan 1 cubaan membunuh diri setiap 3 saat.
Manakala Kajian Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada tahun 2006 mendapati responden yang mengalami masalah mental, 20% ialah kanak-kanak, 11 % dewasa. 6% terfikir untuk membunuh diri dan 25% terasa untuk membunuh diri.
" Data ini menunjukkan yang kecenderungan besar bunuh diri dalam kalangan remaja dan golongan muda selari dengan media massa yang banyak melaporkan kes bunuh diri," ulasnya.
"Saya sendiri pernah menangani kes remaja 16 tahun yang kecewa dengan persekitaran sekolahnya, kerap diejek, dan tiada rasa harapan untuk memperbaiki hubungan dengan persekitarnnya. Dia rasa terasing dan akhirnya cuba bunuh diri," tambah Dr. Muhsin.
Last Updated ( Tuesday, 23 February 2010 23:47 )
Sumber: http://janganbunuhdiri.net/jbd-info/
Seterusnya, statistik menunjukkan, bagi tempoh 15 tahun lepas, seramai tujuh hingga 12 orang daripada setiap 100,000 penduduk Malaysia, mati kerana membunuh diri. Bagi tempoh sama di Singapura, nisbahnya adalah 15 hingga 20 orang bagi setiap 100,000, juga mati sebab bunuh diri. Di Korea, negara yang mana statistik bunuh dirinya menjadi antara yang tertinggi di dunia, menyaksikan 15 hingga 44 rakyatnya mati bunuh diri.
Mencari Konklusi?
Bagi BS, remaja melihat bunuh diri sebagai jalan keluar bagi masalah kita setelah miracle yang diharap tidak kunjung tiba. Kepada merka yang terasa untuk membunuh diri kerana cinta monyet atau perhatian daripada orang sekeliling, please BS mohon, fikir-fikirkanlah semula dan semasak-masaknya. Ingat! Bunuh diri itu satu dosa besar dan tidak akan menerima permohonan ampun daripada Dia.
tHANKs for reading this.
No comments:
Post a Comment