Not A Hot Stuff
- Budak Sekolah(BS)
- Still tryin' to adapt to new atmospehere... ...Until now,still luvin' da old'skool
Saturday, June 19, 2010
Aku Serba Tiada, Aku Kekurangan
I maybe will find it hard to write tomorrow morning. So, I feel like to dedicate this beautiful and wonderful song performed by Yuna (well, this song was able to conquer my heart at the first time I listened this) to all of you and especially to this dull, typical, and nonsense Ceritera Budak Sekolah....
I'll be at a place called Far Far Away to continue my living there and will be back the next 26 days. Anyway, chill and love your life.....
Lirik Lagu Cinta Sempurna - Yuna
Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan
Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...
Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo
Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...
BS: pray the best for me in this June and July. I hope that my target in Mid-year Exam will be a reality. And I hope that I'll love SABDA more and always happy there......bye...
Monday, June 14, 2010
Syor 2 Bahasa Dalam Sistem Pendidikan
Kali ini, BS akan mengutarakan antara isu terbaharu dalam dunia pendidikan Malaysia dan telah berjaya menambat perhatian BS dan seorang teman rapat BS.
Ikuti sorotan akhbar berikut......
Murid sekolah kebangsaan digalak kuasai lebih dua bahasa: Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji cadangan mewajibkan subjek Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil di sekolah kebangsaan bagi membolehkan murid pelbagai kaum di negara ini menguasai lebih daripada dua bahasa, termasuk bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pembelajaran bahasa ibunda memang sudah ada dalam dasar Kementerian Pelajaran, tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya. “Justeru, ia (cadangan) akan diteliti. Saya sedar dengan usaha itu, mungkin rakyat kita bukan saja daripada keturunan India atau Cina tetapi keturunan lain boleh belajar lebih daripada dua bahasa seperti bahasa Mandarin dan Tamil serta bahasa kita sendiri.
“Dengan cara itu, kita dapat berinteraksi dengan mudah dan dapat menghayati cara kehidupan masyarakat pelbagai kaum serta menghargai nilai seni budaya dan bangsa, selain menimba ilmu daripada bahasa berkenaan,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan 2010, di sini semalam.
Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas permintaan Presiden PPP, Datuk M Kayveas dalam ucapannya sebelum itu supaya Mandarin dan Tamil dijadikan sebagai subjek wajib dalam sistem pendidikan negara bagi menggambarkan gagasan 1Malaysia yang sebenar.
Berikut adalah reaksi dan alasan yang diberikan pihak yang mengangguk dan mereka yang menggeleng.....
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia( NUTP) menyokong usaha untuk menjadikan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai mata pelajaran wajib di sekolah kebangsaan.
Presidennya Hashim Adnan berkata keputusan kerajaan untuk mengkaji kemungkinan melaksanakan langkah itu adalah wajar kerana bahasa adalah saluran tepat untuk menyatupadukan rakyat.
"Ia merupakan langkah yang menggunung, tapi kalau kita tak mulakan sekarang, bila lagi," katanya.
Bagaimanapun, kata Hashim persediaan rapi perlu diambil sebelum cadangan itu direalisasi agar tidak membebankan guru dan pelajar.
Selain memastikan tenaga pengajar mencukupi, beliau berkata penyesuaian waktu pembelajaran juga perlu dilakukan agar tidak mengganggu perjalanan kelas biasa.
"Katakan ia perlu diajar tiga waktu seminggu, bila ia perlu diajar? Adakah ia akan melibatkan waktu persekolahan yang lebih panjang? Kalau ya, bagaimana dengan murid-murid yang ada sekolah agama pada waktu petang," katanya.
Hashim berkata waktu persekolahan yang lebih panjang juga akan menganggu perjalanan sekolah yang mempunyai dua sesi, justeru kerajaan harus mengambil kira aspek prasarana seperti pertambahan bilik darjah.
Beliau berkata sukatan pelajaran bagi kedua-dua subjek itu juga tidak boleh diambil terus daripada sekolah jenis kebangsaan, sebaliknya perlu dipermudahkan memandangkan pelajar lain secara amnya tidak mempunyai pengetahuan asas kedua-dua bahasa berkenaan.
Di KUALA LUMPUR, presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Jais Abdul Karim turut menyokong cadangan tersebut kerana ia selaras dengan konsep 1Malaysia dan pertubuhan itu pernah mengutarakannya sejak 2008.
"Penyatuan kaum seharusnya bermula di sekolah dan sekiranya perkara ini berlaku, maka ia turut memberi keuntungan kepada pelajar Melayu kerana mereka dapat menguasai bahasa tersebut," katanya sambil menambah sekolah satu aliran harus diwujudkan dalam usaha mengeratkan lagi hubungan antara kaum di negara ini.
-- BERNAMA
Kenyataan Pihak Yang Tidak Bersetuju
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berpandangan bahawa permintaan untuk mewajibkan dua bahasa tersebut di sekolah kebangsaan menerusi sistem pendidikan kebangsaan adalah tidak wajar dan ianya masih terlalu awal untuk dilaksanakan. Ini memandangkan tahap penguasaan bahasa kebangsaan sendiri dalam kalangan pelajar sekolah khususnya di sekolah jenis kebangsaan masih di peringkat yang tidak memuaskan.
Dalam pada itu, selepas lebih lima dekad kita membangunkan negara menerusi aliran pendidikan kebangsaan yang mendokong bahasa Melayu sebagai bahasa teras yang turut didokong Perlembagaan Persekutuan, nilai dan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan tertinggi dalam negara masih gagal dihayati dan difahami para pelajar.
Menurut Perkara 152 (1) dan 152 (6) Perlembagaan Persekutuan, telah memperuntukkan dengan jelas bahawa perkara-perkara yang melibatkan pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan Kementerian Pelajaran adalah bagi maksud rasmi dan wajib digunakan bahasa Kebangsaan.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh
Namun, PKPIM menyambut baik cadangan untuk subjek berkenaan dijadikan sebagai subjek wajib sekiranya tahap penguasaan bahasa Kebangsaan dalam kalangan pelajar sekolah semua kaum sudah berada pada tahap yang terbaik dan memuaskan.
Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM juga menegaskan bahawa teras utama gagasan satu Malaysia adalah satu bahasa yang mendokong bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan bukan gagasan yang mencampuradukkan pelbagai bahasa sepertimana yang ditafsirkan oleh sesetengah pihak.
MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat pula kurang bersetuju dengan cadangan menjadikan Bahasa Mandarin dan Tamil sebagai subjek wajib di sekolah
Kemudian, Tan Sri Muhyiddin menegaskan...
Subjek Bahasa Mandarin, Tamil tak wajib
GEORGETOWN: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kerajaan tidak akan melaksanakan cadangan mewajibkan subjek Bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan bagi membolehkan murid pelbagai kaum di negara ini menguasai lebih daripada dua bahasa, termasuk bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memperkukuhkan pembelajaran Bahasa Ibunda Pelajar (POL) dengan menyediakan guru subjek Bahasa Mandarin dan Tamil berkelayakan di lebih 7,000 sekolah kebangsaan seluruh negara. Katanya, ketika ini terdapat 337 guru Bahasa Mandarin dan 163 guru Bahasa Tamil mengajar di beberapa sekolah kebangsaan dan pihaknya berpendapat lebih baik jumlah itu ditambah ke semua sekolah.
“Kita akan latih guru berkelayakan dan ditetapkan di semua sekolah. Tidak kira sama ada pelajar di sekolah itu mahu atau tidak (belajar Subjek Mandarin dan Tamil), itu soal kedua.
“Saya percaya bila kita sudah sedia guru mencukupi, mungkin ada yang tidak mahu belajar sebelum ini mahu mempelajarinya kerana ada faedah tambahan disediakan.
“Yang penting bila mereka (pelajar Cina dan India) mahu meneruskan bahasa ibunda, mereka boleh dapatkan pada sistem pendidikan kebangsaan tanpa perlu ke sekolah jenis kebangsaan yang kadang-kadang tidak cukup tempat, " katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan terdapat kesilapan pada kenyataannya, Ahad lalu, kerajaan akan mengkaji cadangan mewajibkan subjek Bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan.
“Dasar itu sudah lama ada, cuma kita hendak laksanakan sepenuhnya. Apa yang berlaku dalam sekolah sebelum ini, mungkin ada guru besar tidak beri perhatian mengenainya. Sebab itu, ibu bapa pelajar Cina dan India tidak berpuas hati dengannya, " katanya.
Secara konklusi,
Rancangan Malaysia Kesepuluh(2011-2015)
RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH( RMK-10)
AMAUN: RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal.
TEMA: Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial.
OBJEKTIF: meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.
10 PREMIS UTAMA
1)Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.
2)Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena
antarabangsa.
3)Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.
4)Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.
5)Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.
6)Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.
7)Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.
8)Menyokong perkongsian pintar yang efektif.
9)Menghargai khazanah alam sekitar.
10)Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.
Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.
Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.
Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.
Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.
Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.
12 BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti:
(i) Minyak dan gas
(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan
(viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta
(xi) Pertanian
(xii) Greater Kuala Lumpur
1) Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian.
2)Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.
3)Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.
4)Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.
5)Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.
PECAHAN RMK-10 Pilihan BUDAK SEKOLAH
EKONOMI
- Tambahan RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim Jaminan Modal Kerja kepada RM10 bilion bagi enterpris kecil dan sederhana (SME) mendapat akses kemudahan pembiayaan.
- Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau “Facilitation Fund“ bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta.
Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; - Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.
- Pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.
- Peruntukan RM109 juta untuk sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar (400 hektar) atau kurang dan terletak tidak melebihi lima kilometer dari paip utama.
PENDIDIKAN DAN LATIHAN, emmmm.....dunia pekerjaan BS sekarang.....
- Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan ditingkatkan daripada 28 peratus kepada 60 peratus untuk meningkatkan lagi kualiti pelajar.
- Prestasi pelajar dalam mata pelajaran kritikal, terutamanya bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, akan juga dipertingkatkan
dengan menambah bilangan guru berkualiti. - Syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda.
- Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dengan sijil SPM akan dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian di institut pendidikan guru bagi program bahasa Cina bagi memenuhi keperluan guru bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Kebangsaan.
- Pertimbangan yang sama kepada calon lepasan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama kelolaan Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang telah memiliki SPM untuk menjadi guru program pendidikan agama Islam dan J-Qaf.
- Bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan ditambah kepada 100 buah pada akhir tahun 2012 terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.
- Sekolah Amanah atau Trust Schools, akan diperkenalkan untuk memudah cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah-sekolah kerajaan yang terpilih dan akan diberi autonomi.
- RM280 juta bantuan disalurkan kepada sekolah bantuan modal bagi tempoh 2011 dan 2012. Setiap satu kategori sekolah bantuan modal, iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangssan Tamil, sekolah agama dan sekolah mubaligh akan menerima peruntukan tambahan RM70 juta setiap satu dalam tempoh 2011 dan 2012.
- Kerajaan akan memberi bantuan berdasarkan bil elektrik dan air sebenar sehingga RM2,000 sebulan bagi setiap daripada hampir 1,900 sekolah bantuan modal.
- Penyertaan kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun di peringkat prasekolah akan dipertingkatkan daripada 67 peratus pada tahun 2010 kepada 87 peratus pada tahun 2012.
- Insentif RM10,000 akan diberi kepada sektor swasta yang menubuhkan institusi prasekolah swasta.
- Kerajaan sedang menimbang mengurangkan umur persekolahan formal daripada enam tahun kepada lima tahun pada akhir tempoh Rancangan tertakluk kepada kemampuan kerajaan.
- Kualiti staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 peratus bagi universiti penyelidikan atau research university, dan 60 peratus bagi universiti awam lain.
- MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran, akan digiatkan bagi meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015.
- Talent Corporation akan ditubuhan oleh kerajaan bagi menarik dan mengekal modal insan berkemahiran yang diperlukan termasuk rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi.
Talent Corporation akan menyediakan Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran dengan kerjasama sektor awam dan swasta dan menjadi pusat sehenti bagi memudahkan urusan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, termasuk urusan imigresen bagi kemasukan tenaga kerja mahir ke Malaysia.
PRASARANA DAN INFRASTUKTUR
- Pembinaan sepanjang 6,300 kilometer jalan berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500 kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk.
Peruntukan RM230 bilion untuk RMKe10 bagi perbelanjaan pembangunan dengan 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan 5 peratus kepada sektor pentadbiran.
Jadi macam mana?
Adakah RMK-10 satu pelan yang komprehensif, progresif, dan inklusif dan sangat releven dengan keperluan bidang pekerjaan kita sehingga 5 tahun lagi?
Atau
Sebaliknya?
Judge for yourself.
Monday, June 7, 2010
Kita SERIUS!!!
(1) Mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Rejim Zionis di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kecederaan kepada orang awam;
(2) Merakamkan rasa kecewa tidak terhingga tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di atas kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas Rejim Zionis ke atas kapal misi bantuan tersebut;
(3) Memutuskan untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mencela Israel dan bukannya semata-mata membuat kenyataan yang lemah;
(4) Memutuskan bagi Malaysia untuk bekerjasama dengan negara-negara Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mendukung prinsip undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menangani krisis kemanusiaan di Gaza;
(5) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi merujuk situasi akibat serangan Tentera Rejim Zionis Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);
(6) Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mendapatkan Advisory Opinion Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ);
(7) Memohon supaya negara Turki mempertimbangkan untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rome, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC);
(8) Menyeru supaya satu siasatan bebas yang penuh dibuat terhadap serangan Tentera Rejim Zionis dan bukannya setakat siasatan yang tidak berpihak;
(9) Menyokong sepenuhnya desakan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Hak Asasi Manusia melalui Resolusi yang telah diterima pada 2 Jun 2010, supaya siasatan yang berakauntabiliti dan bebas sepenuhnya dibuat mengenai serangan ini;
(10) Menuntut Israel supaya tidak menghalang sebarang konvoi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, khususnya di Gaza, selaras dengan Resolusi 1860 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;
(11) Mengalu-alukan tindakan negara Mesir membuka sempadan Rafah tanpa syarat bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa sebarang halangan;
(12) Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Wilayah Palestin di Gaza tanpa menghirau dan gentar kepada ancaman Rejim Zionis;
(13) Merakamkan penghargaan kepada negara-negara Jordan, Turki, Ireland, Filipina dan juga negara-negara lain yang terlibat dalam usaha-usaha membebaskan rakyat Malaysia yang telah ditahan oleh Rejim Zionis;
(14) Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak mereka bagi menubuhkan negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat;
dan
(15) Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah pembentukan negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.
BS cuma berharap agar inisiatif untuk mengheret negara
samseng dunia ini ke ICC berjaya dan tanpa perlu melalui sebarang halangan yang membantutkan kita mencari keadilan.
Sekurang-kurangnya, jika kita tidak mampu menarik Israel ke ICC, cukuplah sekadar satu siasatan antarabangsa yang neutral ditubuhkan dan tidak mendapat tekanan politik daripada mana-mana pihak.
The Cradle Of.......
This time, I just want to refresh our memories towards the long and complicated conflict between Israel and Palestine. I was actually introduced to this issue by my a senior of mine in my hostel that was really keen and full with enthusiasm about Palestine issues. So, when I read this synopsis back, it really reminded me of his talk on Palestine back two or three years ago.
Well, I believed that the 18 especially those who same batch with me knew this man.
Come on, talking about current issues, we should never forget the cradle of it. Chill......
In the 19th century the land of Palestine was inhabited by a multicultural population – approximately 86 percent Muslim, 10 percent Christian, and 4 percent Jewish – living in peace.
Zionism
At first, this immigration created no problems.
UN Plan of Partition
Under considerable Zionist pressure, the UN recommended giving away 55% of Palestine to a Jewish state
– despite the fact that this group represented only about 30% of the total population, and owned under 7% of the land.
1947-1949 War
While it is widely reported that the resulting war eventually included five Arab armies, less well known is the fact that throughout this war Zionist forces outnumbered all Arab and Palestinian combatants combined – often by a factor of two to three. Moreover, Arab armies did not invade Israel – virtually all battles were fought on land that was to have been the Palestinian state.
Finally, it is significant to note that Arab armies entered the conflict only after Zionist forces had committed 16 massacres, including the grisly massacre of over 100 men, women, and children at Deir Yassin.
Future Israeli Prime Minister Menachem Begin, head of one of the Jewish terrorist groups, described this as “splendid,” and stated: “As in Deir Yassin, so everywhere, we will attack and smite the enemy. God, God, Thou has chosen us for conquest.” Zionist forces committed 33 massacres altogether.
By the end of the war,
1967 Occupation
1967 War & USS Liberty
Also during the Six Day War, Israel attacked a US Navy ship, the USS Liberty, killing and injuring over 200 American servicemen.
There are two primary issues at the core of this continuing conflict.
First, there is the inevitably destabilizing effect of trying to maintain an ethnically preferential state, particularly when it is largely of foreign origin. The original population of what is now Israel was 96 percent Muslim and Christian, yet, these refugees are prohibited from returning to their homes in the self-described Jewish state (and those within Israel are subjected to systematic discrimination).
Second, Israel's continued military occupation and confiscation of privately owned land in the West Bank, and control over Gaza, are extremely oppressive, with Palestinians having minimal control over their lives.
Over 10,000 Palestinian men, women, and children are held in Israeli prisons. Few of them have had a legitimate trial; Physical abuse and torture are frequent. Palestinian borders (even internal ones) are controlled by Israeli forces. Periodically men, women, and children are strip searched; people are beaten; women in labor are prevented from reaching hospitals (at times resulting in death); food and medicine are blocked from entering Gaza, producing an escalating humanitarian crisis. Israeli forces invade almost daily, injuring, kidnapping, and sometimes killing inhabitants.
According to the Oslo peace accords of 1993, these territories were supposed to finally become a Palestinian state. However, after years of Israel continuing to confiscate land and conditions steadily worsening, the Palestinian population rebelled. (The Barak offer, widely reputed to be generous, was anything but.) This uprising, called the "Intifada" (Arabic for "shaking off") began at the end of September 2000.
U.S. Involvement
Largely due to special-interest lobbying, U.S. taxpayers give Israel an average of $7 million per day, and since its creation have given more U.S. funds to Israel than to any other nation. As Americans learn about how Israel is using our tax dollars, many are calling for an end to this expenditure.
Edited from: http://www.ifamericansknew.org/history/
Sunday, June 6, 2010
KeEGOan Israel Part 2
BS menyambung kembali untuk menyorot peristiwa yang dipropagandakan oleh Israel.
Kita doakan semoga anak-anak Kapal Rachel Corrie selamat dan dalam perlindungan-Nya. Inilah mangsa kedua keegoan Israel.........
19 aktivis selamat, kapal ditunda ke pelabuhan Ashdod di selatan Israel
KUALA LUMPUR: MV Rachel Corrie, kapal terakhir membawa misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang dikepung Israel, bersama sekumpulan aktivis damai yang turut disertai enam rakyat Malaysia ditawan tentera Israel kira-kira jam 2.45 petang, semalam. Kapal berkenaan yang dalam perjalanan menuju Gaza membawa pelbagai barangan bantuan seperti keperluan perubatan, kerusi roda, peralatan sekolah dan bahan binaan seberat 1,500 tan, kemudian diiringi ke Pelabuhan Ashdod di selatan Israel oleh kapal tentera laut milik rejim Zionis itu.
Semua 19 aktivis yang berada di atas Rachel Corrie ketika ditawan tidak diapa-apakan oleh tentera Israel.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata semua rakyat Malaysia yang kini ditahan Israel dilaporkan selamat dan kerajaan akan terus memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa.
Beliau berkata, mereka yang berada di atas kapal itu terdiri daripada tiga sukarelawan mewakili Perdana Global Peace Organisation (PGPO) iaitu Matthias Chang, Shamsul Akmar Musa Kamal dan Ahmad Faizal Azumu.
Katanya, selain mereka, turut berada dalam kapal itu ialah Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, wartawan TV3, Halim Mohamed bersama jurukamera, Mohd Jufri Judin.
“Semua aktivis damai itu meneruskan usaha untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Palestin selepas kapal Mavi Marmara gagal dalam misinya selepas diserang tentera Israel, Ahad minggu lalu.
“Malaysia dengan sekeras-kerasnya mendesak Israel supaya memastikan keselamatan semua aktivis yang berada di atas Rachel Corrie yang kini ditahan pihak berkuasa Israel sentiasa terjamin.
“Malaysia juga mendesak Israel supaya tidak mengambil sebarang tindakan drastik atau ganas ke atas semua penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata,” katanya, semalam.
Sementara itu, Penasihat PGPO, Datuk Mukhriz Mahathir mengesahkan Rachel Corrie sudah ditunda dari perairan antarabangsa untuk ke Ashdod.
“Tindakan itu dilakukan tanpa persetujuan penumpang di atas Rachel Corrie dan ia satu tindakan paksaan yang dibuat ke atas kapal itu dengan matlamat untuk menggagalkan usaha menghantar bekalan ubat-ubatan atas dasar kemanusiaan.
“Kita sebelum ini pun tidak pernah mengiktiraf kependudukan Israel ke atas Gaza apa yang dilakukan Israel (menunda Rachel Corrie) adalah satu pencabulan hak,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Membebaskan Gaza (FGM), Huwaida Arraf yang dihubungi di Palestin, berkata pihaknya juga gagal mendapatkan maklumat keadaan terkini Rachel Corrie.
Dan tatkala kejadian yang sama menimpa MV Rachel Corrie,
Di manakah peranan Majlis Keselamatan PBB, Liga Arab, dan OIC?
Apakah ICC tidak mahu melihat jenayah yang terang-terangan dilakukan oleh Israel ini?
Apakah golongan pembuat dasar dan polisi di seluruh dunia yang mengecam tindakan Israel ini hanya mampu melihat kekejaman Israel yang seterusnya?
Konklusinya, TEPUK DADA, TANYA DIRI SENDIRI.
KeEGOan Israel Part 1
Kejam
Zalim
Tidak Berperikemanusiaan
BS teringat kata-kata yang tertempel di t-shirt seorang rakan yang tertulis,
If electricity comes from electron,
Does MORALITY comes from MORONS?
Pada 31 Mei 2010, 4.30 am(waktu Turki),
Tentera Israel, bagaimanapun,
“Kesan daripada keadaan itu anggota tentera laut menggunakan kekerasan termasuk melepaskan tembakan,” menurut jawapan tentera Yahudi itu.
Apapun, Israel tetap mempersalah aktivis damai terbabit.
“Mereka yang memulakan keganasan. Kami berusaha sedaya upaya mengelakkannya. Tetapi askar kami diserang dengan pisau, besi serta ditembak,” kata jurucakap Netanyahu, Mark Regev.
Antara yang cedera termasuk komando laut Israel, dua daripada mereka parah.
Defending Monday's military raid, Mark Regev, the Israeli government spokesperson, said the Israeli commandos came under fire from people on board the flotilla whom he branded as "violent extremists".
"Israel was totally within its rights under international law to intercept the ship and to take it to the port of Ashdod," he told Al Jazeera.
"Unfortunately they were met by the activists on the boats with deadly violence, knives, metal clubs, even live fire on our service people. They initiated the violence."
He said the people on board the flotilla were not peaceful activists.
"They are part of the IHH, which is a radical Turkish Islamist organisation which has been investigated by Western governments and by the Turkish government itself in the past for their links with terrorist organisations."
Sekian skrip dan lakon layar yang dicanag dan diarahkan oleh ISRAEL.
Ternyata kalau manusia tidak berhati perut dan memakai topeng binatang, beginilah pendirian dan interpretasi mereka.
SANGKALAN DAKWAAN PERTAMA ;
oleh rakyat kita sendiri
Diacu raifal dengan laser senjata disasarkan ke dahi dan terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan serta berlumuran darah, adalah antara episod ngeri yang dilalui wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, dalam serangan tentera Israel ke atas kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Ahad lalu.
Ashwad yang menyertai misi itu bersama jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip dan 10 rakyat Malaysia lain, turut menceritakan layanan buruk tentera Israel terhadap mereka sepanjang ditahan sebelum dibebaskan, kelmarin.
“Tempoh 28 jam diserang dan ditawan tentera Israel dalam kapal sudah cukup untuk saya merasai penderitaan enam dekad warga Palestin berdepan dengan kekejaman regim Yahudi itu. Perasaan takut, marah dan panik bercampur baur, apatah lagi apabila terpaksa berdepan senjata mereka yang setiap saat diacu ke arah kami.
Episod ngeri itu bermula pada jam 4.30 pagi (waktu Turki) Ahad lalu, sejurus kapal Mavi Marmara memasuki perairan antarabangsa apabila tiga kapal perang Israel yang diiringi 16 bot laju komando mengepung kapal kami.
Tidak ada jalan lain untuk menghalang mereka menaiki kapal, melainkan penjaga keselamatan kapal terpaksa menyembur air ke arah mereka. Itupun tidaklah sekuat mana, berbeza sekali dengan dakwaan media Barat yang mendakwa Mavi Marmara memulakan serangan ke atas tentera Israel.
Selama hampir satu jam kami bergelut menghalang mereka menawan kapal sebelum kemuncaknya apabila tiga helikopter menurunkan komando di lokasi siaran langsung televisyen sedang dijalankan di mana pada ketika itu dianggarkan antara 30 hingga 40 komando Israel bertindak melepaskan tembakan rambang secara bertubi-tubi bagi mengosongkan kawasan itu.
Siapa yang berani berdepan situasi sebegitu, apatah lagi ia adalah pengalaman ngeri pertama sepanjang saya bertugas sebagai media, terutama apabila melihat sendiri beberapa rakan serombongan tumbang terkena peluru sesat.
Malah, lebih menakutkan apabila sasaran serangan mereka dilihat tidak mengira siapa termasuk wartawan dan jurugambar. Ada beberapa jurugambar ditembak di tangan untuk memaksa mereka melepaskan kamera.
Saya dan beberapa rakan lain ketika itu hanya mampu berlindung di sebalik tiang kapal dan berlari ke sana sini bagi mengelak terkena tembakan sebelum terpaku apabila cahaya laser senjata mereka disasarkan ke dahi saya.
Sukar digambarkan betapa saya terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan dan berlumuran darah untuk menyelamatkan diri selepas seorang penumpang kapal di sebelah saya ditembak dengan peluru getah di dada.
Kira-kira jam 7 pagi, kami semua diikat di tangan dan diarah berkumpul di satu kawasan dalam kapal. Keadaan ketika itu tegang dengan perasaan takut menyelubungi wajah semua tawanan apatah lagi muncung senjata tentera Israel sentiasa diacu ke arah kami.
Sejak itu, kami langsung tidak diberi makan atau minum, malah tidak dibenarkan ke tandas. Bayangkan beberapa warga emas, terutama yang menghidap diabetes terpaksa menahan sakit untuk membuang air kecil kerana ketegasan tentera Israel yang langsung tidak bersimpati terhadap mereka.
Mujurlah, selepas berkali-kali dirayu, baru beberapa orang dibenarkan ke tandas, itupun dengan kawalan sangat ketat dan diperlakukan umpama banduan sedangkan mereka semua tidak berdaya dan sekadar orang awam yang tidak berbahaya.
Ketika itu juga, semua kamera, komputer riba serta pen dirampas dan dihancurkan tentera Israel. Apa saja bahan yang merakamkan kejadian serangan itu, turut dihapuskan. Apa yang tinggal pada kami hanya dompet dan dokumen seperti pasport.
Sakit di tangan juga mula terasa dan kebas seperti darah tidak mengalir kerana ikatan itu sangat kuat. Nak bergerak pun sukar kerana cahaya laser senjata mereka sentiasa disasar di dada kami. Bagi menghilangkan dahaga pula, kami terpaksa meminum sisa air dalam botol minuman berhampiran kami. Paling tak dapat dilupakan, satu bar Snickers dikongsi 30 orang untuk sekurang-kurangnya memberi sedikit tenaga.
Sebaik kapal kami berlabuh di Ashdod, Israel, proses untuk keluar dari kapal saja mengambil masa hampir 12 jam. Habis semua pakaian kami ditanggalkan ketika pemeriksaan dibuat. Pemeriksaan semua dokumen itu saja mengambil masa lebih satu jam.
Ketika itu, Tuhan saja yang tahu betapa kasarnya tentera Israel memperlakukan kami meskipun sekadar orang awam. Sudahlah diperlakukan seumpama banduan, kami turut dibawa ke Be'er Sheva, lokasi penjara baru Israel menggunakan bas yang hanya sesuai untuk membawa pengganas dalam perjalanan selama dua jam.
Be'er Sheva adalah penjara baru. Jadi, kami boleh dikatakan tahanan pertama yang merasmikannya. Selepas semua dokumen kami diserahkan kembali, barulah kami dapat merasa sedikit makanan, itupun hanya air mineral, sedikit sayur dan roti. Itu sajalah makanan yang dapat kami jamah sepanjang lebih 15 jam ditahan di penjara itu.
Jika hendak digambarkan keganasan tentera Israel memang sukar, tetapi cukuplah sekadar dikatakan bahawa mereka langsung tidak ada belas kasihan, tidak peduli apa yang diminta walau puas dirayu dan herdikan mereka menjadi teman sepanjang kami ditawan.
Layanan terhadap kami juga tak ubah seperti banduan. Ditolak ke sana sini dengan sangat kasar. Ketika itu, tiada perkara lain yang berlegar dalam kotak fikiran kecuali rasa marah dan berserah. Melihat kepada situasi yang kami hadapi itu, sukar untuk diagak sama ada kami bakal dibebaskan atau sebaliknya.
SANGKALAN DAKWAAN KEDUA ;
Jurukamera Astro diaib depan 60 tahanan selepas ditangkap bersembunyi
KUALA LUMPUR: Hanya kerana memegang kamera video, jurukamera stesen televisyen Astro Awani, Samsul Kamal Abdul Latip, diarahkan oleh komando Israel supaya menanggalkan seluarnya di depan lebih 60 tahanan untuk pemeriksaan lanjut pada tubuhnya ketika kapal berlabuh di Haifa, Israel.
Ketika diarahkan menanggalkan seluar, Samsul Kamal hanya menurut perintah tanpa memikirkan perasaan malu kerana terlalu takut dan hanya berlaku beberapa minit saja selepas komando yang memeriksanya gagal menemui sebarang peralatan mencurigakan.
FAKTA LAGI ;
Aktivis tunjuk bukti tentera Zionis mahu hapus sukarelawan
KUALA LUMPUR: Sukarelawan Malaysia dan dari negara lain yang berada atas kapal Mavi Marmara yakin serangan tentera Israel terhadap kapal itu Ahad lalu sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 10 aktivis sebagai satu serangan dan pembunuhan terancang.
Dakwaan itu berdasarkan serangan menggunakan peluru hidup tanpa amaran, kehadiran dua helikopter berlegar-legar di ruang udara berhampiran kapal seawal jam 2 pagi dan serangan awal pagi ketika aktivis Islam sedang menunaikan solat Subuh.
Ketua Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G), Noorazman Mohd Samsuddin yang menyertai misi bantuan kemanusiaan Gaza bersama sembilan rakyat Malaysia, berkata apabila tentera Israel menggunakan peluru hidup, ia bermakna mereka berniat untuk membunuh aktivis.
“Jika hanya mahu menawan kapal, tidak perlu guna peluru hidup kerana kami tidak bersenjata. Serangan awal pagi ketika aktivis Islam menunaikan solat Subuh menguatkan lagi teori itu.
“Jika mahu memeriksa kapal, mereka sepatutnya memberi amaran dan memperkenalkan diri dulu. Jika betul ada amaran, kami akan memberhentikan kapal kerana aktivis tidak sekali-kali ingkar arahan pihak berkuasa jika diarah menyerah diri.
“Tiada sebab kami mahu melawan kerana kapal tidak membawa senjata api, sebaliknya hanya bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin,” katanya ketika dihubungi di Jordan, semalam.
Mattias Gardell dan Henning Mankell, kedua-duanya dari Sweden yang turut menuduh Israel merancang untuk melakukan pembunuhan di atas kapal berkenaan.
“Kami ialah saksi kepada pembunuhan terancang,” kata Mattias yang juga pakar sejarah. Beliau berada atas Mavi Marmara bersama isterinya yang juga sejarawan, Edda Manga.
“Ini adalah serangan tentera terhadap misi bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa.
“Adalah mengejutkan Israel bertindak di luar batasan. Ramai penumpang kapal menganggap komando Israel akan membunuh semua orang. Mereka ketakutan.
“Amat pelik jika ada orang anggap tidak perlu pertahankan diri. Adakah anda patut duduk saja dan kata bunuh saya,” katanya kepada radio awam sejurus tiba di Istanbul, Turki bersama hampir 500 aktivis yang dipetik oleh agensi berita AFP.
Henning, penulis cerita jenayah terkenal Sweden yang berada atas kapal lain pula menyifatkan tindakan Israel itu adalah pelanunan di laut antarabangsa.
Sementara itu, Bulent Yildirm, ketua badan kebajikan Islam Turki yang mengetuai kempen memecahkan sekatan Israel terhadap Gaza, mendakwa askar Israel membunuh aktivis secara rambang apabila memasuki Mavi Marmara yang mengetuai enam kapal lain bagi membawa bantuan ke Gaza.
Pengerusi Aqsa Syarif, Hasanuddin Mohd Yunus,
“Saya menyaksikan sendiri bagaimana tentera Israel menembak tepat ke arah dahi seorang sukarelawan dari Turki sehingga otaknya terkeluar. Mereka juga menembak seorang petugas media dari Indonesia dan peluru terkena dada hanya kerana dia mahu merakamkan gambar kekejaman tentera Yahudi atas kapal,”
Wakil Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia (Haluan) Palestin, Al Hami Husain Suhaimi pula yakin ia adalah serangan terancang untuk menawan Mavi Marmara berdasarkan pengawasan tentera Israel terhadap kapal itu sejak jam 2 pagi.
Beliau berkata, sebelum serangan jam 4.30 pagi, dua helikopter berlegar di ruang udara berhampiran kapal seolah-oleh menunggu masa sesuai untuk menyerang.
“Kami menjangkakan selepas solat Subuh dan bersarapan, kapal mula menghampiri Gaza dan meminta kebenaran untuk memasuki wilayah itu.
“Israel lebih awal bertindak. Selain kapal diekori tentera menaiki dua bot laju yang cuba menaiki kapal, mereka menembak dengan peluru asap untuk memudahkan pergerakan. Semua tindakan itu menggambarkan serangan dibuat secara terancang untuk menawan kapal kami,” katanya.
Bagaimana satu kapal yang diisytihar dalam misi kemanusiaan dan membawa beribu-ribu tan bantuan untuk rakyat Palestin, yang di dalam perutnya bukan sahaja ada yang beragama Islam tetapi bukan Islam boleh diwara-warakan sebagai Ekstremis yang ganas dan memiliki niat untuk mengancam tentera mereka?
Bagaimana Mark Regev boleh mengatakan para aktivis Mavi Marmara yang memulakan serangan dengan memukul dan melepaskan tembakan kepada mereka sedangkan menurut satu laporan tiada langsung senjata merbahaya yang dibawa bersama dan tatkala
Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki berkata Kapal itu telah diperiksa dengan teliti dan tiada pengganas selain sukarelawan dan dipenuhi dengan bantuan kemanusiaan?
Bagaimana mereka boleh menyatakan tindakan mereka itu tidak mencabul mana-mana undang-undang antarabangsa padahal realitinya, Mavi Marmara 'dijajah' di perairan antarabangsa?
Dan apakah mereka tidak membaca fakta lalu cuma mahu memandang auta dan putarbelit sahaja?
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah memanggil satu siasatan untuk menyiasat pencabulan undang-undang oleh Israel dengan dipantau oleh negara-negara terbabit. Malaysia dengan memainkan peranan dengan mencadangkan satu usul untuk mengecam tindakan prejudis Israel itu di Dewan Rakyat Isnin ini.
Dan ketika laungan anti-Israel terus berkeudara, dan ketika para Pemimpin dan aristokrat dunia mengirimkan salam takziah dan geram mereka, dan ketika demonstrasi jalanan merebak di merata dunia, dan ketika sekutunya di Washigton masih gagal menyatakan pendirian, satu pengajaran dapat dicedok daripada tragedi malang ini,
Walau apapun yang dilakukan oleh Israel, kekejaman, kezaliman, hatta pencabulan hak undang-undang,
kita tiada kuasa apa-apa untuk menghalang perkara itu daripada berlaku.
Kita hanya mampu menzahirkan rasa kesal dan geram namun, apa perjuangan kita untuk menghalang etnosid di Palestin sejak 60 tahun lampau?